"Super Something" | |
---|---|
Single promosi oleh Yuna | |
daripada album Decorate | |
Dilancarkan | 15 Jun 2011 |
Tempat | Malaysia |
Format | Muat turun digital |
Genre | Pop rock, power pop |
Panjang | 4:03 |
Syarikat | Yuna Room Records |
Penulis | Yunalis Zarai, AG Coco |
Penerbit | AG Coco |
sunting · sunting di Wikidata |
"Super Something" ialah lagu nyanyian Yuna yang dikeluarkan sebagai single promosi untuk iklan jenama tuala wanita, Libresse di mana Yuna merupakan jurucakapnya.[1] Ia dimuatkan dalam album studio sulungnya, Decorate dan dikeluarkan pada 15 Jun 2011.
Latar belakang dan keluaran
"Super Something" pertama kali diperdengarkan di dalam iklan jenama tuala wanita, Libresse, iaitu jenama produk kebersihan wanita yang dimiliki oleh syarikat Sweden, SCA. Di dalam iklan ini, ia menampilkan Yuna dengan pelbagai gaya bermain gitar dan menjelaskan produk Libresse.
Muzik video rasmi telah dikeluarkan bagi mempromosikan lagu ini. Ia memaparkan beberapa wanita yang menunjukkan mesej positif dan menampilkan selebriti popular termasuk Adibah Noor dan Jihan Muse.
Ben Liew dari Juice Online menyifatkan lagu ini sebagai sebuah lagu yang unik.[2]
Format dan senarai runut
- Muat turun digital
- "Super Something" – 4:03[3]
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 15 Jun 2011 | Muat turun digital Media penstriman |
Yuna Room Records, FMC Music |
Rujukan
- ^ Nonie (2 Disember 2010). "Super Something sinonim dengan Libresse". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2011. Dicapai pada 22 Februari 2020.
- ^ Ben Liew (26 Oktober 2010). Yuna: Decorate (Laguna) Juice Online. Dicapai pada 27 Oktober 2010.
- ^ "Decorate". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-12-08.