Rencana ini
ialah rencana yatim, kerana tiada rencana yang lain mempunyai pautan ke laman ini. (November 2020) |
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Sup kinoring bakas adalah makanan tradisi yang dimakan oleh hampir 90% orang Kadazan Dusun yang bukan beragama Islam. Ramuannya ringkas ia itu daging khinzir hutan yang telah diawet secara tradisi mengunakan asap api, air, garam, bawang dan halia. Makanan tradisi ini tidak dapat dihidang pada majlis yang diadakan bersama dengan saudara-saudari yang bukan Kristian tetapi ia adalah makanan tradisi yang sudah wujud pada zaman sebelum pemerintahan British. Daging khinzir hutan dibenarkan/dilesenkan penjualannya di tamu umum seperti Donggongon, Keningau dan Tenom memandangkan ia adalah makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun.