Sungai Warta Warta | |
---|---|
Lokasi | |
Country | Poland |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | Kromołów, sebahagian Zawiercie, Kraków-Częstochowa Upland |
• ketinggian | 380 m (1,250 ka) |
Muara | Sungai Oder, Poland, Freienwalde Basin |
• lokasi | Sungai Oder di Kostrzyn |
• koordinat | 52°35′55″N 14°36′37″E / 52.5986°N 14.6103°EKoordinat: 52°35′55″N 14°36′37″E / 52.5986°N 14.6103°E |
Panjang | 808.2 km (502.2 bt) |
Saiz lembangan | 54,529 km2 (21,054 bt2) |
Aliran | |
• purata | 195 m3/s (6,900 ka3/s) |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Templat:ROder |
Sistem sungai | Oder Basin |
Sungai Warta (Poland: Warta , Poland: [ˈvarta] ( dengar); Jerman: Warthe ; Latin: Varta ) adalah suatu sungai mencabang dari sungai Oder yang terletak di tengah-tengah Poland. Ia adalah sungai terpanjang kedua terletak di dalam sempadan negara tersebut dengan panjang lebih kurang 808.2 kilometer (502.2 bt) serta sungai ketiga terpanjang dari segi jumlah panjang. [1] Lembangan ia berkeluasan sebanyak 54,529 kilometer persegi (21,054 bt2);[1] ia boleh dilayari dari Kostrzyn nad Odrą ke Konin, kira-kira separuh dari panjangnya. [2] Ia dihubungkan ke sungai Vistula melalui Sungai Noteć dan Terusan Bydgoszcz (Kanał Bydgoski ) berhampiran bandar Bydgoszcz.
Lembangan yang mengelilingi sungai ini diketahui sebagai tempat asal suatu cabang suku Slav Barat iaitu orang Polan (Poland: Polanie ) menetap di tempat ini antara abad-abad ke-6 dan 8, orang-orang ini dianggap leluhur kepada bangsa Poland yang wujud pada hari ini.