Sungai Tahan سوڠاي تاهن | |
---|---|
![]() Menarik bot ke atas dengan deras Sungai Tahan pada tahun 1905, semasa ekspedisi Muzium Persekutuan Tanah Melayu ke Gunung Tahan | |
Lokasi | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Jerantut |
Mukim | Tembeling |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Gunung Tahan |
• lokasi | Kawasan perhutanan di Mukim Tembeling |
• ketinggian | Di antara 1,840 dan 1,850 m (6,040 dan 6,070 ka) |
Sumber kedua | Sungai Tenum |
• lokasi | Kawasan perhutanan di Mukim Tembeling |
Muara | Sungai Tembeling |
• koordinat | 4°23′05″N 102°23′58″E / 4.384812°N 102.399571°EKoordinat: 4°23′05″N 102°23′58″E / 4.384812°N 102.399571°E |
Panjang | 135 km (84 bt) |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Tembeling → Sungai Pahang → Laut Cina Selatan |
Sistem sungai | Sungai Tembeling |
Sungai Tahan (Jawi: سوڠاي تاهن ) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, Pahang, Malaysia. Sungai ini juga terletak di dalam Taman Negara. Sungai Tahan juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tembeling dalam lembangan Sungai Pahang. [1][2]
Sungai ini juga mempunyai air terjun setinggi 152 meter dari Kuala Teku di kaki Gunung Tahan. Terdapat lebih 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah di Sungai Tahan.
Rujukan
- ^ "Sungai Tahan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 6 Julai 2023.
- ^ Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Julai 2023.