Kızılırmak | |
---|---|
Halis | |
Lokasi | |
Negara | Turki |
Bandar | Sivas, Kırşehir, Kırıkkale |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | İmranlı, Wilayah Sivas |
• koordinat | 39°48′N 38°18′E / 39.800°N 38.300°E |
• ketinggian | 2,000 m (6,600 ka) |
Muara | Laut Hitam |
• lokasi | Bafra, Wilayah Samsun |
• koordinat | 41°44′04″N 35°57′23″E / 41.73444°N 35.95639°EKoordinat: 41°44′04″N 35°57′23″E / 41.73444°N 35.95639°E |
• ketinggian | 0 m (0 ka) |
Panjang | 1,355 km (842 bt) |
Ciri-ciri lembangan | |
Anak sungai | |
• kiri | Sungai Devrez, Sungai Gök |
• kanan | Sungai Delice |
Nama rasmi | Delta Kizilirmak |
Ditetapkan | 15 April 1998 [1] |
Sungai Kızılırmak (bahasa Turki: كزلرماك [kɯzɯɫɯɾmak, sebutan Za'ba: kĕ.zĕl.ĕr.mak] "Sungai Merah", Bahasa Yunani Kuno: Ἅλυς , Halys ) ialah sungai terpanjang di Turki. Ia digunakan sebagai sumber kuasa hidroelektrik utama di negara tersebut,
Geografi
Sungai Kızılırmak mengalir sepanjang 1,355 kilometer (842 bt).[2] Hulunya berada di Anatolia Timur (di 39°48′N 38°18′E / 39.8°N 38.3°E) dan mengalir ke barat dan barat daya hingga ke 38°42′N 34°48′E / 38.7°N 34.8°E sebelum meliku dalam "selekoh Halis" yang mulanya mengalir ke barat kemudian ke barat laut melepasi timur laut Tasik Tuz.
Dari tasik ini, ia kemudian menghala ke utara dan timur laut, di mana ia bergabung dengan cawang sungai besarnya, Sungai Delice (juga dipanggil dengan nama Yunaninya Kappadoks) pada 40°28′N 34°08′E / 40.47°N 34.14°E membengkang-bengkok sehingga menghala ke barat laut ke kuala bersama Sungai Devrez (pada 41°06′N 34°25′E / 41.10°N 34.42°E) dan kembali ke timur laut, bersatu dengan Gökırmak dan terus masuk delta Laut Hitam pada 41°43′N 35°57′E / 41.72°N 35.95°E.
Terdapat beberapa empangan didirikan sepnjang sungai tersebut iaitu di Boyabat, Altınkaya dan Derbent.
Sejarah
Bangsa Hit memanggil sungai tersebut Maraššantiya/Marasyantia. Ia merupakan sempadan barat Hatti, pusat induk kerajaan Hit.[perlu rujukan]
Sebelum penaklukan Anatolia oleh puak Rom, Kızılırmak merupakan sempadan negeri semula jadi di pertengahan Asia Kecil, pertama antara kerajaan Lydia dan Empayar Parsi, kemudian antara kerajaan Pontus dan Kerajaan Kappadokia. Pada abad pertama SM, Vespasian menggabungkan beberapa wilayah, termasuklah Kappadokia, untuk menghasilkan sebuah wilayah yang lebih besar; sempadan timurnya ditandakan dengan Sungai Furat. Wilayah ini berpisah semula semasa pemerintahan Traianus—wilayah baharu Kappadokia yang dibatasi Sungai Furat di timur juga merangkumi Pontus dan Armenia Kecil; sungai ini dianggap sebagai sungai biasa dan tidak dijadikan sempadan negeri lagi. Pada 130-an, seorang wizurai Kappadokia menulis: "pada zaman dahulu Sungai Halis ialah sempadan antara kerajaan Kroisos dan Empayar Parsi; sekarang ia mengalir di bawah pemerintahan Rom."[3]
Kawasan sekitar sungai ini menjadi medan Pertempuran Gerhana pada 28 Mei 585 SM,[4] ia dijadikan sempadan antara Lydia di barat dan Medes di timur sehinggalah Kroisos dari Lydia menyeberanginya untuk menyerang Cyrus Agung pada tahun 547 SM. Beliau ditewaskan dan sempadan Parsi berkembang ke Laut Aegia.
Pertanian
Air sungai digunakan untuk menanam padi dan di sesetengah kawasan terdapat kerbau.
Dalam budaya popular
Manga sejarah cereka Red River dinamakan sempena dan bertempat di lembangan Kızılırmak, pada zaman kerajaan Hit.
Rujukan
- ^ "Ramsar List". Ramsar.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2013. Dicapai pada 13 April 2013.
- ^ Turkish Statistical Institute (2011). "Land and Climate". Turkey in Statistics 2011: The Summary of Turkey’s Statistical Yearbook, 2011. m/s. 2.
- ^ Dam, Raymond Van (2002-08-30). Kingdom of Snow: Roman Rule and Greek Culture in Cappadocia. University of Pennsylvania Press. ISBN 978-0-8122-3681-1.
- ^ Mengikut sejarah ia dikenali sebagai Pertempuran Halis; ia dinamakan semula kepada Pertempuran Gerhana, sempena pertempuran pramoden pertama yang dapat ditarikhkan dengan gerhana yang menyebabkan pertempuran berhenti secara tiba-tiba.