Sebahagian daripada siri berkaitan |
Ahli Sunah Waljamaah |
---|
Jami' at-Tirmidhi (Arab: جامع الترمذي , Jāmi` at-Tirmidhī), juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi (Arab: سُـنَن الترمذي , Sunan al-Tirmidhī), ialah satu daripada enam kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah. Ia dihimpunkan oleh Abu Isa Muhammad ibn Isa al-Tirmizi.
Sunan At-Tirmizi merupakan kitab ke-5 dalam susunan Kutubus Sittah. Imam At-Tirmizi telah mengumpullkan hadis-hadis selama 20 tahun, akan tetapi hanya 3956 hadis yang dimasukkan dalam sunannya. Sunan At-Tirmizi bukan sahaja mengandungi hadis-hadis sahih, malah ia juga mengandungi hadis-hadis hasan, dhaif, dan gharib dengan menerangkan kelemahannya.
Tajuk kitab
Al-Kattani berkata: "Jami al-Tirmizi juga dikenali sebagai Sunan; himpunan ini bukan dua kitab berlainan, dan juga [dikenali sebagai] Al-Jami al-Kabir."[1]
Pujian
Al-Hafiz Abu'l-Fadl Al-Maqdisi berkata, 'Aku dengar daripada al-Imam Abu Ismail Abdullah bin Muhammad Al-Ansari di Harrah — apabila Abu Isa al-Tirmizi dan kitabnya di bicarakan di hadapannya — berkata: "Bagiku kitab ini lebih berguna daripada kitab-kitab Bukhari dan Muslim. Ini kerana hanya seorang pakar mampu memdapat manfaat daripada kitab al-Bukhari dan kitab Muslim, sementara setiap orang mampu meraih manfaat daripada kita Abu Isa".'[2]
Ibn Al-Athir berkata: '(Ia) adalah kitab yang terbaik, memiliki manfaat yang paling banyak, aturannya terbaik, dengan perulangan yang paling kurang. Ia mengandungi apa yang tiada pada kitab-kitab lain; seperti penyataan pendapat mazhab berlainan, sudut-sudut penghujahan, dan menerangkan sama ada kedudukan hadis, sama ada Sahih, Gharib, atau Da'if, dan juga catatan yang baik atau buruk (berkaitan perawi).'
Ketulenan
Orang Islam Sunni menganggap himpunan ini sebagai kelima 'kekutannya' dalam Al-Kutub.[3]
Jenis hadis mengikut ketulenan
Daripada empat kitab Sunan, hanya kitab Imam al-Tirmizi yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama, yang dimuatkan hadis Sahih beliau bersetuju dengan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Bahagian kedua pula mematuhi piawai dua orang sarjana hadis, Imam Abu Daud, dan Imam Nasa'i. Imam al-Tirmizi menggunakan piawai kedua-dua sarjana ini —piawai ini kurang sedikit daripada piawai Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Ketiga ialah himpunan hadis yang mempunyai percanggahan; dalam kes ini beliau menerangkan kelemahan hadis. Dan bahagian keempat, hadis-hadis yang telah digunkan oleh pakar fiqah.[4]
Ulasan
(Inggeris)
- Aridhat al-Ahwathi bi Sharh Sunan al-Tirmidhi written Ibn al-Arabi d. 543H (1148-49 CE)
- Sharh Jaami' al-Tirmidhi of which only the last portion of remains - Sharh 'Ilal at-Tirmidhi - by Ibn Rajab
- Commentary on al-Tirmidhi's Hadith Collection by al-Zayn al-Iraqi
- Footnotes, including explanation and verification, of approximately the first third of the Sunan by Ahmad Muhammad Shakir
- al-`Urf al Shadhi Sharh Sunan Al-Tirmidhi by Anwar Shah Kashmiri
- Tuhfat Al-Ahwadhi Bi Sharh Jami` Al-Tirmidhi by 'Abd al-Rahman al-Mubarkafuri, ed. 'Abd al-Rahman Muhammad 'Uthman, 10 vols., Beirut
.
Wikisumber bahasa Arab mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Rujukan
- ^ Al-Risalah al-Mustatrafah, pg. 11.
- ^ Shurut al-A'immah al-Sittah, by al-Maqdisi, pg. 101.
- ^ Haddad, G. F. "Various Issues About Hadiths".
- ^ Shurut al-A'immah al-Sittah, by al-Maqdisi, pg. 92.
Pautan luar
- English Translation of Sunan Al Tirmidhi - View and Search
- English Translation of Sunan Al Tirmidhi - View and Search
- (Melayu) Himpunan Hadis-hadis dari Kitab Utama