Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II | |
---|---|
- | |
Fail:- - | |
Sultan Kedah - | |
Pemerintahan | 22 Jun 1879 - 22 September 1881 |
Kemahkotaan | - |
Didahului oleh | [[Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
|successor = Sultan Abdul Hamid Halim Shah | | | | | | |pemerintahan = |pendahulu = |Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah]] |
Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (4 September 1857 – 22 September 1881) ialah Sultan Kedah ke-25 yang memerintah dari tahun 1879 sehingga tahun 1881.
Baginda ialah putera sulung Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III dengan Wan Jahara Long Nik Abidin. Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam Tengku Ziauddin di Alor Setar, dan melahirkan seorang puteri, Tengku Permaisuri Aishah, Tengku Permaisuri Langkat (meninggal 11 Januari 1904 di Langkat, dimakamkan di Makam Diraja Masjid Azizi Langkat). Puteri baginda telah berkahwin dengan Sultan Abdul Aziz Abdul Djalil Rahmat Shah ibni Sultan Musa al-Khalidal Mu’azzam Shah dari Langkat, Indonesia. Mereka berdua tiada memperolehi sebarang zuriat.
Apabila baginda menaiki takhta kerajaan, kerajaan Siam telah mengurniakan gelaran Phraya Ritsungrama Ramabhakti Sri Sultan Muhammad Rajamunira Surindra Varman Phraya Saiburi.
Kemangkatan
Baginda telah mangkat pada 22 September 1881 di Istana Alor Setar, dan dimaklumkan bahawa telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Menurut sumber yang menerbitkan wiki (Zakk62), baginda telah mangkat akibat diracun sewaktu ditahan di Ligor (Nakhon Si Thammarat). Baginda telah diganti oleh adindanya, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lihat juga
Penyandang Terdahulu | Sultan Kedah 1879-1881 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah | Sultan Abdul Hamid Halim Shah |