Almarhum Sultan Muzzil Shah مزعل شاه | |
---|---|
Sultan Kedah | |
Pemerintahan | 23 Oktober 1237 – 24 Ogos 1280 |
Didahului oleh | Muhammad Shah |
Diikuti oleh | Mahmud Shah I |
Kemangkatan | 24 Ogos 1280 Kota Sungai Mas, Kedah |
Pemakaman | Makam Diraja Kota Sungai Mas |
Anakanda | Sultan Mahmud Shah I Tunku Ahmad |
Kerabat | Kedah |
Ayahanda | Muhammad Shah |
Agama | Islam |
Almarhum Sultan Muzzil Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (mangkat 1280) ialah Sultan Kedah ke-4. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Shah. Pada 13 Januari 1237, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Mariam.
Pada 29 September 1237, baginda bersama jemaah menterinya telah berhijrah ke Kota Sungai Emas untuk bersemayam di sana. Baginda menyerahkan Kota Bukit Meriam kepada Dato’ Seri Paduka Anugerah Dewa untuk menjagakannya. Baginda memberi perintah kepada Dato’ Lela Putra untuk menjaga Kuala Perai dan sekitarnya
Ketika baginda memerintah, orang-orang dari Pulau Sumatera, Jawa dan India mula masuk ke Kedah untuk menetap dan membuka perniagaan di sini. Maka berlaku pertambahan penduduk di Kedah dari seberang Sungai Merbok hingga ke kaki Gunung Jerai. Pada tahun 1239, baginda membuka kawasan baharu dari Sungai Derap (Dedap) hingga ke Bukit Penjara, Kuala Sungai Merbok.
Pada 17 Ogos 1280, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Sungai Emas.
Anakanda
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- Salasilah Kesultanan Negeri Kedah Darul Aman Diarkibkan 2016-09-11 di Wayback Machine
- Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman semenjak tahun 1136M Diarkibkan 2014-09-02 di Wayback Machine
Didahului oleh Sultan Muhammad Shah |
Sultan Kedah 1280-1321 |
Diikuti oleh: Sultan Mahmud Shah |