Mahmud Shah | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Pahang 29 | |||||||||||||
Sultan Pahang Darul Makmur | |||||||||||||
Pemerintahan | 13 April 1909 - 19 Jun 1917 | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah | ||||||||||||
Diikuti oleh | Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah | ||||||||||||
Pemangku raja | Tengku Abdullah | ||||||||||||
Keputeraan | Tengku Lung Mahmud bin Tun Ahmad 4 Februari 1868 Istana Diraja, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British | ||||||||||||
Kemangkatan | 19 Jun 1917 Istana Sri Terentang, Tanjung, Kuala Pahang, Pahang | (umur 49)||||||||||||
Pemakaman | 20 Jun 1917 Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang, Pahang | ||||||||||||
Pasangan | 3 orang iaitu ;
| ||||||||||||
Anakanda | tiada | ||||||||||||
| |||||||||||||
Ayahanda | Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Datuk Bendahara Sri Maharaja Tun Ali | ||||||||||||
Bonda | Ungku Che’ Pah binti Datuk Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim | ||||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan |
Almarhum Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah atau sebelum ditabalkan lebih dikenali dengan Tengku Long Mahmud, adalah Sultan Pahang (moden) ke 20.
Baginda diputerakan pada hari Jumaat, 4 Februari 1868 Masihi bersamaan 10 Syawal 1254 Hijrah, merupakan perkongsian hidup di antara Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah dengan Che Ungku Pah binti Dato Temenggung Sri Maharaja Tun Ibrahim di Istana Diraja, Pekan Lama.
Baginda merupakan putera sulung Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali.
Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah telah mengangkat puteranya Tengku Mahmud menjadi Pemangku Raja pada 22 Julai 1889 bagi membantu Baginda di dalam urusan pemerintahan negeri.
Kemudiannya, menurut persetujuan Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah yang disahkan di dalam Mesyuarat Negeri pada 11 Oktober 1891, Tengku Mahmud diberi gelaran Tengku Besar Pahang iaitu gelaran kepada seorang bakal Sultan.
Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam iaitu puteri kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah di Johor Bahru pada 14 September 1897 tetapi tidak mempunyai zuriat.
Baginda berjaya menaiki takhta pelepasan ayahandanya pada 13 April 1909 kerana usia tua. dan Tengku Mariam pula dilantik sebagai Tengku Puan Besar.
Pemerintahan baginda sebagai Sultan Pahang selama lapan tahun, apabila baginda mangkat pada Selasa 19 Jun 1917 di Istana Sri Terentang, Tanjung, Kuala Pahang.
Baginda digantikan adindanya Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah.
Lihat juga
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Ahmad Muazzam Shah |
Sultan Pahang Moden II 1909-1917 |
Diikuti oleh: Sultan Abdullah Al-Mutsim Billah Shah |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.