rencana ini mungkin perlu ditulis semula sepenuhnya bagi memenuhi piawaian Wikipedia. (September 2018) |
Sultan Abdullah Mu'azzam Shah I adalah Sultan Kedah ke-17. Baginda merupakan putera kepada Sultan Atau’llah Muhammad Shah II dan Tengku Maheran
Pada 17 November 1698, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-17 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang
Baginda bersama Jemaah menteri telah bermuafakat untuk memasyhurkan adindanya, Tengku Ibrahim sebagai Raja Muda
Raja Muda Ibrahim telah membangunkan bandar Limbong dan bersemayam di Kota Limbong
Pada 17 Jun 1701, baginda telah memerintahkan Raja Muda Ibrahim untuk membuat suatu kawasan permakaman di Kota Limbong yang kini dikenali sebagai Makam Diraja Langgar
Baginda bersama Jemaah menteri bermuafakat untuk memasyhurkan adindanya, Tengku Ishak sebagai Raja Temenggung
Baginda amat mengambil berat hal ehwal dalam dan luar negeri
Baginda telah membenarkan puteranya, Tengku Muhammad Jiwa ke luar negeri untuk merantau
Baginda berada dalam keadaan kemasyghulan kerana rindu akan Tengku Muhammad Jiwa yang terlalu lama merantau
Tengku Muhammad Jiwa telah berguru dengan Tuan Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab bin Syeikh Ahmad Al Mahdani dan Hafiz Sab
Pada 22 September 1706, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Kota Langgar atau Makam Diraja Langgar
Rujukan
Didahului oleh Sultan Ataullah Muhammad Shah II |
Sultan Kedah 1698-1706 |
Diikuti oleh: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I |
- ^ "Salasilah Duli Yang Maha Mulia". Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-02. Dicapai pada 2010-09-05.