![]() |
Nama penuh | Sukhothai Football Club สโมสรฟุตบอลจังหวัดสุโขทัย | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Kelawar Api (ค้างคาวไฟ) | |||
Nama pendek | SKTFC | |||
Diasaskan | 2009 | |||
Stadium | Stadium Thalay Luang Sukhothai, Thailand (Kapasiti: 9,500) | |||
Pengerusi | Anongwan Thepsuthin | |||
Pengurus | Aktaporn Chalitaporn | |||
Liga | Liga T1 | |||
2023–24 | Liga T1, peringkat ke-7 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
|
Kelab Bola Sepak Sukhothai (Bahasa Thai: สโมสรฟุตบอลจังหวัดสุโขทัย) ialah sebuah kelab bola sepak profesional Thailand yang berpangkalan di wilayah Sukhothai. Sukhothai F.C. bermain dalam Liga T1. Kelab ini mewakili Wilayah Sukhothai yang terkenal sebagai Kerajaan pertama Thailand.[1] Warna pasukan utama mereka ialah merah dan putih dan warna seragam kedua mereka ialah hitam dan hijau. Sukhothai FC memainkan semua perlawanan di tempat mereka sendiri di Stadium Thalay Luang yang mempunyai kapasiti penyokong seramai 9,500 orang.
Sejarah
Sejarah Awal
Sukhothai F.C. pertama kali diasas pada tahun 2009 dan bertanding di Liga Daerah Divisyen Utara. Mereka menamatkan perlawanan akhir musim perdana di peringkat ke-7 dari 11 pasukan. Pada tahun 2014, selepas 6 musim lamanya di peringkat liga yang ketiga, Sukhothai berjaya memenangi kelayakan Liga T2 2015.
Pada tahun 2015, Sukhothai yang baru tampil di Liga T2, tidak disangka oleh hampir semua orang mampu mara ke Liga T1 selepas meraih peringkat ke-3 di perlawanan akhir musim. Sukhothai memenuhi kelayakan bagi 2016 Thai League.
Pada 2019, murid sekolah menengah atas akademi bola sepak Sukhothai, Jasraj Sangha, dikongsikan kontrak oleh kaki tangan kelab utama, tetapi pemuda itu menolak tawaran. Sangha mengatakan bahawa surat itu hanya sekedar "amaran yang lambat".
Liga Puncak
Pada tahun 2016, musim pertama di puncak liga profesuonal Thailand, Sukhothai mampu mencapai peringkat ke-7 bahkan memenuhi kelayakan bagi tampil di Liga Juara-Juara AFC 2017 selepas menjadi naib juara Piala FA 2016 (FA ialah singkatan popular daripada Persekutuan bola sepak Thailand).[2]
Pemain
Squad semasa
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Jurulatih
Chusak Sriphum 2009–2014
Somchai Makmool 2015
Somchai Chuayboonchum 2015–2016
Somchai Makmool 2016–2017
Pairoj Borwonwatanadilok 2017–2018
Yannawit Khantharat 2018
Chalermwoot Sa-ngapol 2018
Ljubomir Ristovski 2019
Pairoj Borwonwatanadilok 2019
Surapong Kongthep 2020–2021
Dennis Amato 2021–2023
Chusak Sriphum 2023
Sugao Kambe 2023–2024
Aktaporn Chalitaporn 2024–
Pencapaian
Liga dalam negara
- Divisyen Liga Kawasan Utara
- Pemenang (1) : 2014
- FA Cup
- Juara: 2016