Bandar tuan rumah | Perak |
---|---|
Cogan kata | Wow! Kita Hebat! |
Penyertaan pasukan | 15 |
Penyertaan atlet | 1968 |
Sukan | 10 |
Acara | 310 |
Upacara pembukaan | 21 November 2018 |
Upacara penutupan | 28 November 2018 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan Malaysia) |
Tempat upacara | Stadium Indera Mulia, Ipoh |
Sukan Para Malaysia 2018, juga dikenali sebagai Para SUKMA ke-19 merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Perak dari 21 hingga 28 November 2018. Temasya ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Stadium Indera Mulia, Ipoh.[1]
Pembangunan dan persiapan
Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar daerah Kinta, Perak; [2]
Tempat | Sukan |
---|---|
Arena Badminton Kompleks Sukan MBI | Badminton |
Dewan Gimnasium Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak | Boccia |
Arena Boling Padang Perak | Boling padang |
Ampang Superbowl, Ipoh Parade | Boling sepuluh pin |
Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak | Catur |
Stadium Ragbi Perak | Memanah |
Stadium Perak | Olahraga |
Stadium Indera Mulia | Ping pong |
Dewan Gimnasium Majlis Sukan Negeri Perak | Powerlifting |
Pusat Akuatik Tuanku Zara | Renang |
Pemasaran
Cogan kata
Cogan kata rasmi temasya sukan tersebut ialah "Wow! Kita Hebat!". Wow merupakan singkatan World of Wonders, sebuah pengiktirafan diberikan oleh Lonely Planet kepada Perak semasa kempen pelancongan Tahun Melawat Perak 2017.
Logo
Logo rasmi temasya ini merupakan sebuah imej yang menggabungkan elemen manusia dan gelombang air. Elemen manusia mewakili semangat juang para atlet di tahap tertinggi bagi mencapai kejayaan serta kepositifan mereka, manakala elemen gelombang air mewakili Sungai Perak sebagai sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia yang menjadi sumber keperluan asas bagi rakyat negeri Perak. Logo ini dilancarkan pada 21 Januari 2018 di Bulatan Amanjaya di Ipoh berserta cogan kata, maskot dan lagu tema.[3][4]
Maskot
Maskot rasmi temasya ini merupakan seekor seladang yang bernama "Chor". Di Perak, "chor' merupakan sebuah nama yang diberikan kepada mana-mana orang dalam masyarakat tempatan yang merupakan anak sulung dalam keluarga dalam dialek Melayu Perak. Maskot direkakan untuk memakai baju sukan berwarna putih, dengan pipinya berwarna kuning, kedua-dua warna merupakan warna bendera negeri Perak. Ia terpilih untuk memaparkan kekuatan fizikal dan mental dan semangat jiwa yang membara melangkaui batas dalam sukan.
Lagu tema
Lagu tema temasya ini ialah “Wow! Kita The Greatest!” (Wow! Kita Yang Teragung!). Ia digubah dan dinyanyikan oleh pencipta lagu dan penyanyi terkenal Datuk Wah Idris.[5]
Penyertaan
Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan.
Acara sukan
Terdapat 310 acara yang dipertandingkan dalam 10 sukan di temasya ini;[2]
- Badminton ( )
- Boccia ( )
- Boling padang ( )
- Boling sepuluh pin ( )
- Catur ( )
- Memanah ( )
- Olahraga ( )
- Ping pong ( )
- Powerlifting Paralimpik ( )
- Renang ( )
Pungutan pingat
* Tuan rumah (Perak)
Kedudukan | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Sarawak | 61 | 62 | 41 | 164 |
2 | Sabah | 36 | 28 | 30 | 94 |
3 | Perak* | 29 | 33 | 22 | 84 |
4 | Johor | 29 | 32 | 34 | 95 |
5 | Terengganu | 28 | 16 | 23 | 67 |
6 | Kelantan | 20 | 11 | 18 | 49 |
7 | Kuala Lumpur | 19 | 25 | 21 | 65 |
8 | Selangor | 17 | 17 | 27 | 61 |
9 | Kedah | 16 | 16 | 26 | 58 |
10 | Perlis | 13 | 16 | 5 | 34 |
11 | Pulau Pinang | 13 | 13 | 14 | 40 |
12 | Negeri Sembilan | 11 | 15 | 16 | 42 |
13 | Pahang | 9 | 6 | 7 | 22 |
14 | Melaka | 6 | 10 | 15 | 31 |
15 | Labuan | 1 | 2 | 1 | 4 |
Jumlah (15 negeri) | 308 | 302 | 300 | 910 |
Rujukan
- ^ https://www.facebook.com/sukmaperak2018
- ^ a b "Para SUKMA XIX Perak 2018 membuka tirai". Berita Harian. 24 November 2018. Dicapai pada 17 Februari 2023.
- ^ "Chor, mascot of the 19th Sukma in Perak".
- ^ "MB: Events for Sukma 2018 to be held in every district of state".
- ^ "Pengenalan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 2018-12-13.