Sukan Asia Musim Sejuk | |
---|---|
Edisi temasya | |
Singkatan | Asiad |
---|---|
Acara pertama | Sukan Asia Musim Sejuk 1986 di Sapporo, Jepun |
Kekerapan | Empat tahun |
Acara terakhir | Sukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, Jepun |
Tujuan | Acara pelbagai sukan untuk negara-negara Asia |
Sukan Asia Musim Sejuk merupakan satu acara pelbagai sukan seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk yang khas kepada acara musim sejuk. Jawatankuasa Olimpik kebangsaan Jepun merupakan pencetus idea ini, dan mengutarakannya semasa Sukan Asia 1982. Usaha mereka berhasil dan mereka diberikan hak untuk menganjurkan edisi pertama yang dilangsungkan di Sapporo pada 1986, kerana bandar ini mempunyai infrastruktur dan kemahiran yang diperlukan hasil daripada menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972.
Daripada cuma tujuh negara ahli Majlis Olimpik Asia yang mengambil bahagian dalam edisi pertama, bilangan negara yang bertanding telah bertambah dengan tekal. Pada Sukan Asia Musim Sejuk terbaru di Changchun, 27 dari 45 ahli menghantar jumlah atlet yang terbanyak setakat ini, manakala semua 45 ahli menghantar perwakilan buat kali pertama dalam sejarah Asia.
Walaupun temasya sukan di Lubnan pada tahun 2009 telah dipertimbangkan, ia akhirnya tidak berlaku.[1] Selepas Sukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, edisi seterusnya dijadualkan diadakan pada 2025.
Senarai Edisi Sukan Asia Musim Sejuk
Berikut adalah senarai Sukan Asia Musim Sejuk yang dilangsungkan sejak 1986
Tahun | Edisi | Tuan rumah | Dibuka oleh | Tarikh | Negara | Peserta | Sukan | Acara | Juara | Ruj |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | I | Sapporo, Jepun | Fahad Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah | 1–8 Mac | 7 | 293 | 4 | 35 | Jepun | [2] |
1990 | II | Sapporo, Jepun | Akihito | 9–14 Mac | 9 | 310 | 4 | 33 | Jepun | [3] |
1996 | III | Harbin, China | Jiang Zemin | 4–11 Februari | 17 | 453 | 4 | 43 | Republik Rakyat China | [4] |
1999 | IV | Gangwon, Korea Selatan | Kim Dae-jung | 30 Januari–6 Februari | 14 | 798 | 4 | 43 | Republik Rakyat China | [5] |
2003 | V | Aomori, Jepun | Naruhito | 1–8 Februari | 17 | 641 | 5 | 51 | Jepun | [6] |
2007 | VI | Changchun, China | Hu Jintao | 28 Januari–4 Februari | 25 | 796 | 5 | 47 | Republik Rakyat China | [7] |
2011 | VII | Astana‒Almaty, Kazakhstan | Nursultan Nazarbayev | 30 Januari–6 Februari | 26 | 843 | 5 | 69 | Kazakhstan | [8] |
2017 | VIII | Sapporo, Jepun | Naruhito | 19–26 Februari | 32 | 1,147 | 5 | 64 | Jepun | [9] |
2025 | IX | Harbin, China | 15–24 Mac | |||||||
2029 | X | Trojena, Arab Saudi |
Pungutan pingat
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Jepun (JPN) | 138 | 144 | 115 | 397 |
2 | China (CHN) | 94 | 85 | 105 | 284 |
3 | Kazakhstan (KAZ) | 78 | 62 | 56 | 196 |
4 | Korea Selatan (KOR) | 74 | 83 | 92 | 249 |
5 | Korea Utara (PRK) | 1 | 4 | 12 | 17 |
6 | Uzbekistan (UZB) | 1 | 2 | 4 | 7 |
7 | Lubnan (LBN) | 1 | 1 | 0 | 2 |
8 | Mongolia (MGL) | 0 | 1 | 6 | 7 |
9 | Iran (IRI) | 0 | 1 | 2 | 3 |
10 | Kyrgyzstan (KGZ) | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (10 negara) | 387 | 383 | 393 | 1163 |
Lihat juga
Pautan luar
- ^ The skiers of Lebanon
- ^ "1st AWG Sapporo 1986". OCA. Dicapai pada 22 July 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "2nd AWG Sapporo 1990". OCA. Dicapai pada 22 July 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "3rd AWG Harbin 1996". OCA. Dicapai pada 22 July 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "4th AWG Gangwon 1999". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-13. Dicapai pada 22 July 2010.
- ^ "5th AWG Aomori 2003". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-08. Dicapai pada 1 February 2003.
- ^ "6th AWG Changchun 2007". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-22. Dicapai pada 28 January 2007.
- ^ "7th AWG Astana-Almaty 2011". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-08. Dicapai pada 30 January 2011.
- ^ "8th AWG Sapporo 2017". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-07. Dicapai pada 19 February 2017.