Dato' Dr. Suhaini Kadiman D.I.M.P. (Phg), P.P.N. M.D. (UKM) | |
---|---|
Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia | |
Menyandang jawatan 2016 | |
Didahului oleh | Dr Awisul Islah Ghazali |
Anggota Majlis Antarabangsa Kesatuan Kesihatan Dunia Islam | |
Menyandang jawatan 2021 | |
Didahului oleh | Dr Tengku Ahmad Damitri Tengku Din (wakil Malaysia) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1969 Batu Pahat, Johor |
Tempat belajar | Universti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Pakar bius, ahli anestesiologis |
Dato' Dr. Suhaini Kadiman ialah seorang ahli perubatan Malaysia dalam bidang anestesiologi.
Latar belakang
Suhaini dilahirkan pada 1969 di Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) sejak tahun 2016. Pada 2021, beliau telah dilantik sebagai anggota Majlis Antarabangsa bagi Kesatuan Kesihatan Dunia Islam yang berpusat di Turki. Beliau merupakan seorang doktor yang berkhidmat di Institut Jantung Negara sejak tahun 2000[1] dan menggalas tugas sebagai Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara[2].
Anugerah dan pengikitrafan
Darjah kebesaran
- Pahang
- Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2015)
- Malaysia
- Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) - 2009
Anugerah ketokohan
- Malaysia
- Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan (2021)[1]
Rujukan
- ^ a b Bernama (20 Oktober 2021). "Dr Suhaini Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2021". Astro Awani. Dicapai pada 22 Oktober 2021.
- ^ "Tokoh Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan dianugerahkan kepada Datuk Dr. Suhaini Kadiman". Berita RTM. 20 Oktober 2021. Dicapai pada 22 Oktober 2021.