Yang Berhormat Dato Seri Paduka Suhaimi bin Gafar | |
---|---|
Menteri Pembangunan | |
Dalam jawatan 30 Januari 2018 – 7 Jun 2022 | |
Didahului oleh | Bahrin bin Abdullah |
Digantikan oleh | Muhammad Juanda bin Abdul Rashid |
Timbalan Menteri Pembangunan | |
Dalam jawatan Oktober 2015 – 29 Januari 2018 | |
Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) | |
Dalam jawatan 2010 –2015 | |
Ketua Pengarah Kerja Raya | |
Dalam jawatan 2008 –2010 | |
Suhaimi bin Gafar ialah seorang pegawai tertinggi dalam kerajaan Brunei. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan, dan oleh itu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet iaitu kabinet Brunei, dari 30 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2022.[1][2][3][4]
Nama
Dalam pertuturan dan penulisan rasmi bahasa Melayu di Brunei, beliau dirujuk dengan nama serta terasul iaitu "Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar" dengan rujukan kehormat "Yang Berhormat".[1][2][3]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya dalam kerajaan pada tahun 1985 sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya. Jawatan-jawatan yang telah dipegang oleh beliau dalam jabatan tersebut ialah seperti berikut:[1]
- Jurutera dari tahun 1985
- Jurutera Kerja dari tahun 1991
- Penolong Pengarah Jalan Raya dari tahun 1996
- Pengarah Jalan Raya dari tahun 2001
- Pengarah Perkhidmatan Air pada tahun 2003
- Pengarah Kemajuan dari tahun 2003
- Pengarah Perkhidmatan Air dari pada tahun 2005
- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya dari tahun 2005
- Ketua Pengarah Kerja Raya dari tahun 2008
Bermula tahun 2010, beliau dilantik untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan.[1] Pada tahun 2015, beliau bersara dari perkhidmatan awam namun pada Oktober 2015 diambil semula dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.[1][5] Akhirnya, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan bermula 30 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2022.[1][4]
Kurniaan
Beliau telah dikurniakan beberapa bintang-bintang kebesaran dan pingat-pingat kehormatan Brunei, iaitu:[1]
Bintang kebesaran
- Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) dengan membawa gelaran 'Dato Seri Paduka' pada 15 Julai 2017
- Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) dengan membawa gelaran 'Dato Paduka' pada 15 Julai 2012
- Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.)[6]
- Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.N.B.)[6]
- Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (P.S.B.)[6]
Pingat kehormatan
- Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)[6]
- Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.)[6]
- PIngat Kerja Lama (P.K.L.)[6]
- Pingat Jubli Perak
Rujukan
- ^ a b c d e f g "Menteri Kementerian Pembangunan". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Asgar, Abdullah (2018-01-30). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Sim, Y. H.; Yahya, Salawati (2018-01-30). "Kabinet dirombak". mediapermata.com.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Ali Rahman, Muhammad Khairulanwar (8 Jun 2022). "PELANTIKAN, PERTUKARAN MENTERI KABINET, TIMBALAN MENTERI" (PDF). Pelita Brunei. No. 67 #69. m/s. 3–4. Dicapai pada 25 Ogos 2024.
- ^ Othman, Azlan (2017-09-13). "Brunei undertakes commitment to environmental protection at 14th AMME". borneobulletin.com.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b c d e f "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)