Sugandoi merupakan suatu kidung tradisional masyarakat KadazanDusun, pada masa dahulu digunakan oleh para bobolian untuk mendendangkan mantera Kesyukuran atas semangat padi yang diberikan.[1] [2]
Kini Sugandoi telah menjadi sebuah pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Kadazan Dusun.[3] Menurut sumber daripada KDCA, sejak tahun 1987–2002, pertandingan ini dahulunya dikenali dengan nama Bintang Kaamatan, namun bermula tahun 2004 hingga sekarang, nama pertandingan ini ditukar kepada ‘Sugandoi’.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Waktu Silam
[sunting | sunting sumber]Bagi masyarakat KadazanDusun ketika dahulu, Sugandoi merupakan nama satu ‘semangat’ yang diseru oleh Bobohizan dan ditinggalkan di dalam sebuah tempayan besar yang dikenali sebagai ‘Kakanan’ oleh suku Kadazan Tangaah. Tambahan pula, Sugandoi juga dikatakan sebagai entiti yang boleh menjaga kebajikan sesebuah keluarga yang menjaganya melalui satu upacara yang dinamakan ‘Moginakan’, yang mana semangat ini akan memberikan nasib yang baik kepada keluarga tersebut termasuklah dalam faktor kesihatan dan rezeki dalam bentuk makanan. Ketika upacara ritual bagi memuja Sugandoi, Bobohizan akan mengucapkan mentera (inait/rinait) yang dikenali sebagai ‘Monugandoi’. Mentera tersebut berupa nyanyian atau kidung yang kedengaran seolah-olah memuji-muji sang pencipta (Kinoingan) termasuklah juga ‘Sugandoi’. [4]
Moderan
[sunting | sunting sumber]Kini, Sugandoi dijalankan secara pertandingan dimana ia bertujuan mencungkil bakat-bakat nyanyian yang ada di Sabah tanpa mengira peringkat umur iaitu kanak-kanak, dewasa atau golongan veteran. Pertandingan ini hanya diadakan pada setiap bulan Mei sempena bulan menyambut Pesta Menuai (Kaamatan) atau ‘Tadau Kaamatan’ di setiap daerah di negeri Sabah dan beberapa pusat KDCA di Semenanjung Malaysia seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.[5]
Kategori
[sunting | sunting sumber]Bagaimanapun, penyertaan ini hanyalah terbuka kepada mereka yang berdarah atau berketurunan (KadazanDusun dan Murut (KDM) sahaja, biasanya dibahagikan kepada 4 (empat) kategori iaitu;
- Sugandoi Dazanak (kanak-kanak),
- Sugandoi remaja dan dewasa (terbuka),
- Sugandoi Songkotoun (veteran).
Syarat
[sunting | sunting sumber]Kesemua peserta Sugandoi diwajibkan untuk memakai baju tradisional daerah masing-masing kerana pakaian juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi markah daripada juri. Pemenang bagi setiap daerah yang dipertandingkan akan menjadi wakil ke peringkat paling tinggi iaitu peringkat negeri yang akan diadakan di Hongkod Koisaan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Sabah. Manakala pada peringkat negeri pula akan diadakan sebanyak 4 (empat) tapisan iaitu saringan 1, suku akhir, separuh akhir dan akhir, di mana hanya 10 peserta akan terpilih sebagai finalis.[6]
Berikut adalah antara Syarat penyertaan yang pernah dikeluarkan oleh KDCA Klang Valley;[7]
- Penyertaan adalah terbuka kepada mana-mana kaum Kadazandusun / Murut /Rungus atau kacukan yang berasal dari Sabah dan Warganegara Malaysia, Bumiputra.
- Mestilah seorang ahli KDCA Klang Valley. Keahlian KDCA Klang Valley boleh dipohon pada hari pendaftaran. Yuran amat minimum (RM15 untuk 5 tahun pertama. Pembaharuan cuma RM1 setahun).
- Peserta diwajibkan berbahasa ibunda sewaktu pengenalan diri pada pertandingan akhir pada hari pertandingan
- Tidak pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri SABAH dan peringkat Klang Valley.
- Pakaian, solekan, dandanan dan perhiasan dan props(jika ada) semasa hari pertandingan hendaklah ditanggung oleh peserta sendiri.
Pemenang Sugandoi
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai pemenang Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah mengikut urutan tahun (1987-2018):
Tahun | Wakil | Nama Pemenang | Catatan |
---|---|---|---|
Bintang Kaamatan (1987-2003) | |||
1987 | Sandakan | Nadia Joseph | |
1988 | Tambunan | Applunius Jimmy | |
1989 | Penampang | Ambrose Poisil | |
1990 | Tambunan | Evaristus Gungkit | |
1991 | Tambunan | Annie John Jinuli | |
1992 | Tambunan | Johnny Guntabid | |
1993 | TDP | TDP | |
1994 | Inanam | Fulgentius Angkangon | |
1995 | Tuaran | Rozza Rothman | |
1996 | Papar | Normi Jamil | |
1997 | Kudat | Yannie | |
1998 | Penampang | Henry Gumisi | |
1999 | Tambunan | Suzie Stephen Tuning | |
2000 | Penampang | Marcus Payus | |
2001 | Tambunan | Martha Ginun | |
2002 | Papar | Janiri Sipaji | |
2003 | Penampang | Alice Marcus | |
Juara Sugandoi (2004-Kini) | |||
2004 | Tambunan | Dickson Jailis | |
2005 | Tanjung Aru | Esther Appplunius | |
2006 | Tambunan | Arnold Wences Linus | |
2007 | Kudat | Siti Sarina Mansur | |
2008 | Tongod | Malvin Kalbin | |
2009 | Papar | Georgia Joy Binsol | |
2010 | Kota Belud | Arie Famree Suis | |
2011 | Likas | Feraddy Okuling | |
2012 | Penampang | Cathy Woritus | |
2013 | Kota Kinabalu | Gideon B. Hilarius | |
2014 | Tambunan | Rosario Bianis | |
2015 | Tuaran | Apprillisa Sue Ann | |
2016 | Labuan | Mohd Rifanzie Ruji | |
2017 | Tuaran | Jacinda Faye | |
2018 | Lembah Klang | Fransisca Juingki | |
2019 | Kadamaian | Dabra Sia Ying Ying | |
2020 | Tambunan | Sheldon Elev Gungkit | |
2021 | Kundasang | Ferona Paimin | |
2022 | Tambunan | Lyron Felix | |
2023 | Penampang | Michelle Jill Richard | |
2024 | Karambunai | Christina Imelda Rudy |
Reynaldo Paggie atau Rey Kimara, merupakan Naib Johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2006, setahun kemudian beliau memenangi pertandingan Bintang RTM 2007.
Jumlah Pemenang Sugandoi
[sunting | sunting sumber]Perwakilan | Bilangan Menang | Tahun |
---|---|---|
Tambunan | 12 | 1987, 1988, 1990, 1991, 1992, 1999, 2001, 2004, 2006, 2014, 2020, 2022 |
Penampang | 6 | 1989, 1998, 2000, 2003, 2012, 2023 |
Tuaran | 3 | 1995, 2015, 2017 |
Papar | 1996, 2002, 2009 | |
Ranau | 1 | 2021 |
Kadamaian | 2019 | |
Lembah Klang | 2018 | |
Labuan | 2016 | |
Kota Kinabalu | 2013 | |
Likas | 2011 | |
Kota Belud | 2010 | |
Tongod | 2008 | |
Kudat | 2007 | |
Tanjung Aru | 1997 | |
Inanam | 1994 | |
Karambunai | 2024 |
Manfaat Sugandoi
[sunting | sunting sumber]Kelahiran Artis Tempatan Sabah
[sunting | sunting sumber]Telah terbukti bahawa pertandingan Sugandoi telah berjaya membuka peluang kepada para peserta untuk mengetengahkan bakat ke peringkat lebih tinggi sehinggalah berjaya melahirkan ramai artis yang mengharumkan nama Sabah. Antaranya seperti Rozza Rothman, Rosario Bianis (Juara Bintang RTM 2016), Apprilissa Sue Ann (3 Juara 2016), Esther Applinius (Naib Juara One in a Million), Reynaldo Paggie (Juara Bintang RTM 2007), Jo-Anna Sue Henley Rampas (Naib Juara Bintang RTM 2009) Zackridin Zakri (Naib Juara Ceria Pop Star) dan ramai lagi.[8]
Pusat Promosi Pelancongan
[sunting | sunting sumber]Sugandoi juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan bahasa dan budaya masyarakat KDM kepada masyarakat luar terutamanya dalam kalangan pelancong luar negara. Peserta Sugandoi dan masyarakat KadazanDusun dan Murut menghayati lirik dan maksud bahasa di dalam setiap bait lirik yang dinyanyikan mereka kerana nilai budaya dan identiti bahasa dalam lagu-lagu bahasa Dusun itu sendiri terkandung elemen-elemen budaya yang harus dipertahankan sepanjang zaman.
Lihat Juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Apa itu Sugandoi dipetik dari Rencana Sabahan Welfare and Social Group (SWAG).
- ^ Sugandoi merupakan mantera yang didendang oleh Bobolian untuk memuja ‘semangat’ yang memberi rezeki. Ini konsep kerohanian tradisional mengikut naratif tersendiri tiap sub-etnik yang pelbagai itu. Secara am, Sugandoi itu seakan-akan persembahan kidung istimewa untuk satu semangat kudus DR. RAMZAH DAMBUL (2018)
- ^ Sugandoi Competition (Bahasa Inggeris)
- ^ Sejarah Sugandoi ditulis oleh rencana sentiasa panas pada 20 Mei 2019
- ^ "Sugandoi Competition" ditulis oleh MySabah May 18, 2006
- ^ Sejarah Sugandoi, Pertandingan Nyanyian Masyarakat KDCA Di Sabah oleh tetikuscikila pada 19 Ogos
- ^ Info Sugandoi oleh KDCA Klang Valley
- ^ SUGANDOI. october 26, 2016 by kalangadan