Sudetenland (/suːˈdeɪtənlænd/ ( dengar); bahasa Jerman: [zuˈdeːtn̩ˌlant]; Czech dan Slovak: Sudety ; Poland: Kraj Sudetów ) ialah nama bersejarah Jerman bagi kawasan utara, selatan, dan barat bekas negara Czechoslovakia yang didiami terutamanya oleh orang Jerman Sudeten. Penutur bahasa Jerman ini telah mendominasi sempadan daerah Bohemia, Moravia, dan Silesia Czech sejak zaman Empayar Austria.
Perkataan "Sudetenland" tidak wujud sehingga awal abad ke-20 dan tidak menjadi terkenal sehingga selepas Perang Dunia I, apabila Austria-Hungary yang didominasi oleh orang Jerman telah berpecah dan orang Jerman Sudeten didapati tinggal di negara baru Czechoslovakia. Krisis Sudeten tahun 1938 telah diprovokasi oleh tuntutan Pan-Jermanisme Jerman yang mahukan Sudetenland diilhak kepada Jerman, dimana ia berlaku selepas Perjanjian Munich. Sebahagian tanah sempadan telah diceroboh dan diilhak oleh Poland. Apabila Czechoslovakia dibentuk semula selepas Perang Dunia II, Orang Jerman Sudeten telah diusir dan wilayah itu hari ini dihuni hampir secara eksklusif oleh penutur bahasa Czech.
Perkataan Sudetenland adalah sebutan Jerman Land, bermaksud "negara", dan Sudeten, nama Pergunungan Sudeten, yang merentangi utara sempadan Czech dan Lower Silesia (sekarang di Poland). Walau bagaimanapun Sudetenland merangkumi kawasan diluar pergunungan tersebut.
Sebahagian wilayah Czech sekarang iaitu Karlovy Vary, Liberec, Olomouc, Moravia-Silesia, dan Ústí nad Labem berada dalam kawasan yang dipanggil Sudetenland.
Lihat juga
- Kawasan yang diilhak oleh Jerman Nazi
- Dekri Beneš
- Wilayah Hutan Bohemia
- Pelarian dan pengusiran rakyat Jerman (1944–50)
- Pengusiran rakyat Jerman dari Czechoslovakia
- Republik Austria-Jerman
- Pendudukan Jerman ke atas Czechoslovakia
- Jerman Selatan Moravia
- Rakyat Jerman di Czechoslovakia (1918–1938)
- Memburu konco-konco Nazi di Czechoslovakia
- Sudetendeutsche Landsmannschaft
- Medal Peringatan Sudetenland
Rujukan
- Nota