Suara Cinta | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1989 | |||
Dirakamkan pada | 1989 | |||
Tempat | Singapura | |||
Genre | Rock | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Antarctic Sound Production (ASP) Keluaran Semula : New Southern Records (NSR) - 2016 | |||
Penerbit | M. Nasir | |||
Kronologi Illusi | ||||
| ||||
Single daripada Suara Cinta | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Suara Cinta merupakan album studio kedua kumpulan Illusi yang dikeluarkan pada tahun 1989, setahun selepas album pertama mereka, Dalam Ilusi dipasarkan. Single dari album ini, Segalanya Ku Terima ciptaan Awang dan lirik oleh Bob telah melonjakkan lagi nama Illusi di industri muzik Malaysia. Album ini juga telah membawa tuah buat mereka apabila lagu ini mendapat tempat kedua di pertandingan akhir Juara Lagu 1989.
Selain Segalanya Ku Terima, lagu hit daripada album ini ialah Suara Cinta, ciptaan Zainal Ali dan lirik juga daripada Bob. Seperti album pertama mereka, album ini juga diterbitkan oleh M. Nasir di bawah label Antarctic Sound Production (ASP). Selepas 27 tahun, album ini kemudiannya dikeluarkan semula oleh New Southern Records (NSR) pada tahun 2016 serentak dengan keluaran semula album pertama Illusi berjudul Dalam Ilusi yang pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1988.
Senarai Lagu
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Segalanya Ku Terima" | Bob | Awang | ||
2. | "Suara Cinta" | Bob | Zainal Ali | ||
3. | "Hanya Dengan Jelingan" | M. Nasir | M. Nasir | ||
4. | "Bertemu Tak Bersatu" | M. Nasir | M. Nasir | ||
5. | "Cinta Ku Tak Melekat Satu" | Baharom Paiman | Baharom Paiman | ||
6. | "Yang Membawa Ku Bermimpi" | Rizual Muis | Ayai | ||
7. | "Dalam Cahaya Yang Tujuh" | Bob | Ahmad Farid Jamaluddin | ||
8. | "Memilih Kawan" | Eunosasah | Leman | ||
9. | "Walau Hancur Berderai" | Rizual Muis | M. Nasir | ||
10. | "Itulah Cintaku" | Wan Zul | M. Nasir | ||
Line-Up
- Ayai - Vokal
- Leman - Gitar
- Shah - Keyboard
- Yem - Bass
Pencapaian
Pertandingan | Judul Lagu | Komposer | Senikata | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Anugerah Juara Lagu 1989 | Segalanya Ku Terima | Awang | Bob | Tempat Kedua |