Suami-suami Takut Istri ialah filem Indonesia yang ditayangkan pada 26 September 2008. Nama filem ini ialah terdapat dalam drama lipur lara komedi Suami-suami Takut Istri yang telah mencatat rekod 600 episod. Filem ini dilakon oleh Sarah Azhari, Rahma Azhari, Fauzi Baadilla, Alexandra Gottardo, Amel Carla, Olla Ramlan, Otis Pamutih, dan Aty Fathiyah.
Di Malaysia, filem ini boleh ditonton di Astro Pelangi 142 dan TV3
Plot
PERHATIAN : Butiran jalan cerita yang nyata menyusul
Semua isteri di kampung Mintari memohon bercuti ke Bali kepada suami mereka. Mereka bersetuju kerana mereka ingin menghadiri jemputan konsert penyanyi Trio Ganas yang mempunyai tiga ahli, Sarah Azhari, Rahma Azhari, dan Pretty. Lawatan mereka menuju Bali menjadi kembara yang penuh kecomelan. Para suami telah berjumpa idea untuk boleh bertunang dengan kakitangan/ahli Trio Ganas, manakala isteri mereka semakin mencintai suami mereka kerana telah membawa mereka bercuti ke Bali.
Tetapi, suami yang sebelum ini berbuat baik kepada isterinya bahkan justeru menipu kepada isterinya, dan mereka tengah bersama-sama Trio Ganas. Mereka pun mencari-cari suami mereka, sehingga akhirnya pada konsert Trio Ganas, mereka telah jumpa dengan suami mereka dan menghukum suami mereka. Mengikut cogan kata pada filem ini (dalam bahasa Indonesia) : "Kisah Nakalnya Para Suami" (bahasa Melayu : "Kisah Gelagat Nakal Para Suami").
Hikmah di sebalik filem ini
Filem ini ajarkan kepada sesiapa yang tengok filem untuk tak boleh menipu orang, kerana sesiapa yang menipu orang mesti akan terdedah azab daripada Allah Swt. Jangan macam suami-suami itu, gelagat nakal mereka menipu isteri mereka mesti akan terdedah hukuman daripada mereka.