Stryker | |
---|---|
Spesifikasi | |
Berat | ICV: 16.47 t (18.12 tan pendek) MGS: 18.77 t (20.65 sh tn) |
Panjang | 6.95 m (22.92 ft) |
Lebar | 2.72 m (8.97 ft) |
Tinggi | 2.64 m (8.72 ft) |
Krew | 2+9 |
Armor | 14.5 mm[1] |
Senjata pertama | Meriam M68A1E4 105 mm (MGS) Mesingan kaliber .50 M2 atau pelancar bom MK19 40 mm dipasang pada sebuah Stesen Senjata Kawalan Jauh PROTECTOR M151 (ICV) |
Senjata kedua | Mesingan kaliber .50 M2 dan M240 7.62mm (MGS) |
Enjin | Enjin diesel Caterpillar 3126 260 kW (350 hp) |
Kuasa/berat | ICV: 15.8 kW/t (19.3 hp/sh tn) |
Sistem ampaian | Pacuan 8×8 |
Jarak operasi | 500 km (300 batu) |
Kelajuan | 100 km/j (62 bsj) |
Stryker adalah keluarga kenderaan tempur berperisai pacuan lapan roda yang dihasilkan oleh Sistem Tempur General Dynamics, digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat. Berasaskan kenderaan perisai ringan Kanada, LAV III, yang sebelumnya diasaskan pada Mowag Piranha buatan Switzerland, Stryker merupakan keluarga kenderaan tentera terbaru semenjak M2 Bradley yang dikeluarkan pada 1980-an.
Kenderaan ini dinamakan sempena dua tentera Amerika yang menerima Pingat Penghormatan (Medal of Honor) selepas meninggal: Pfc Stuart S. Stryker, yang meninggal semasa Perang Dunia II dan Spc Robert F. Stryker, meninggal semasa Perang Vietnam.
Stryker disokong oleh Jeneral Eric Shinseki semasa dia merupakan (Army Chief of Staff). Kenderaan ini digunakan dalam Pasukan Tempur Brigade Stryker, unit ringan dan bergerak diasaskan pada Doktrin Pasukan Tempur Brigade yang bergantung kepada kenderaan disambung oleh jaringan tentera C4I.
Reka bentuk
Sistem pneumatik atau hidrolik memancu hampir keseluruhan ciri-ciri mekanikal kenderaan; sebagai contoh sistem pneumatik menukar antara pancuan 8X4 dan 8X8.
Kenderaan ini terdapat dalam pelbagai variasi dengan enjin, tranmisi, hidrolik, lereng roda, tayar, sarung (differentials and transfer case) yang sama. Dua pengecualian adalah M1130 Stryker CV (Kenderaan Pemerintah) dan M1133 Kenderaan Pengosongan Perubatan Stryker, yang mempunyai unit penghawa dingin dipasang pada pak. Kenderaan perubatan turut memiliki generator berkeupayaan tinggi.
Pak kuasa dan ciri-ciri mekanikal
Stryker menggunakan enjin Caterpillar yang biasa digunakan bagi lori pengangkut serdahana Tentera, mengelakkan latihan mendalam mekanik secara menyeluruh dan membenarkan penggunaan bahagian yang sama.[2]
Pereka cuba memudahkan kerja pemulihan, memberikan kebanyakan kabel, hos, dan sistem mekanikal dengan mekanisma mudah dipisahkan. Enjin dan transmisi boleh dikeluarkan dan dipasang dalam tempoh kurang sejam, membolehkan pembaikian pencajturbo dan kebanyakan komponen lain dilakukan diluar kenderaan.
Pemerintah, Pengawalan dan Pensasaran
- Sokongan komputer yang meluas membenarkan tentera berjuang sementara mengurangkan kejadian tembakan rakan. Setiap kenderaan mampu menjejak kenderaan sahabat di medan tempur sementara pada masa yang sama menjejak musuh.
- Kamera pengimej haba siang malam membenarkan komander kenderaan untuk melihat apa yang dilihat oleh pemandu.
- Tentera boleh berlatih dengan kenderaan menggunakan modul latihan komputer dalam kenderaan.
- Pemandu dan komander memiliki periskop yang membolehkan mereka melihar diluar kenderaan tanpa mendedahkan diri mereka kepada bahaya. Komander memiliki sudut pemandangan hampir 360-darjah; pemandu pula memiliki sudut pemandangan lebih sedikit 90 darjah.
- Sistem Darat General Dynamics kini sedang memajukan Senibina Pengurusan Data dan Tenaga baru bagi mengendalikan peningkatan komputer.[3]
Ciri-ciri perlindungan
- Perisainya adalah lebih ringan dan kukuh berbanding reka bentuk MOWAG dan mampu menghentikan peluru mesingan penembus perisai 14.5mm dan serpihan meriam 152mm.[4][5]
- Sistem pemadam api aumatik AFES - automatic fire extinguishing system mempunyai penderia dibahagian enjin dan bahagian tentera yang mengaktifkan satu atau lebih tabung pemadam api, yang juga boleh diaktifkan oleh pemandu.
- Pembalik jenis "Topeng Penyambut" yang dikenali sebagai perisai keping (slat) direka bagi melumpuhkan kepala peledak anti kereta kebal berkuasa tinggi bagi baom tangan dilancar roket dengan menghimpit bahagian sudut kon muncung depan dan memintas pengalir antara peledak di hujung dan bahan letupan di belakang. Ini adalah teknik lebih baru dan lebih berkesan berbanding perisai reaktif (appliqué-plate), di mana ruang udara direka bagi meledakkan kepala peledak pada jarak beberapa inci sebelum ia menghentam badan kenderaan.[6][7]
- Tangki bahan api dipasang luaran dan direka untuk meletup keluar dari badan kenderaan sekiranya berlaku letupan.
- Sistem Pertempuran Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear (CBRN -Chemical, Biological, Radiological, Nuclear) membenarkan bahagian anak kapal dalam keadaan kedap udara dan bertekanan udara positif (Udara di dalam lebih tinggi dari udara luar, dengan itu sebarang pencemaran kimia dll tidak masuk walaupun berlaku kebocoran.)
Misi
- Unit Stryker dilihat lebih berkesan dikawasan bandar, di mana kenderaan mampu mengekalkan kedudukan keselamatan awal berhampiran bangunan dan menurunkan skuad dimuka pintu.
- Sama seperti UH-60 Black Hawk, Stryker bergantung kepada kepantasan bagi perlindungan utama terhadap sistem persenjataan berat. Ia tidak mampu bertempur dengan unit berperisai berat musuh dan bergantung kepada unit lain bagi mengawal ancaman di luar pengelasannya.
- Bagaimanapun di Pusat Latihan Kebangsaan (National Training Center) (Fort Irwin California) Brigade ke-3, 2nd ID membuktikan melalui penggunaan taktik tidak konventional dan pasukan kecil diturunkan bersenjata senjata anti perisai, unit Stryker mampu menangani unit berperisai biasa sekiranya terpaksa. Situasi ini merupakan sesuatu yang cuba dielakkan oleh komander kerana kadar kematian yang tinggi.
Rujukan
- ^ a b "Army Fact File - Stryker". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-27. Dicapai pada 2006-07-31. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "U.S. Army Fact File (Official)" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ http://www.globalsecurity.org/military/systems/ground/iav.htm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-01. Dicapai pada 2007-07-31.
- ^ http://www4.army.mil/ocpa/read.php?story_id_key=965
- ^ http://www.globalsecurity.org/military/systems/ground/iav.htm
- ^ http://www.globalsecurity.org/military/systems/ground/iav.htm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-30. Dicapai pada 2007-07-31.
Pautan luar
Laman rasmi Tentera Amerika Syarikat
- Stryker Brigade Combat Team Project Management Office Diarkibkan 2006-07-22 di Wayback Machine
- 3rd Brigade / 2nd Infantry Division Diarkibkan 2006-01-17 di Wayback Machine homepage
- 1st Brigade / 25th Infantry Division Diarkibkan 2006-03-07 di Wayback Machine homepage
- 172nd Stryker Brigade Combat Team Diarkibkan 2006-07-18 di Wayback Machine homepage
- 5th Brigade / 2nd Infantry Division[pautan mati kekal] homepage
Laman lain
- Stryker destroys VBIED from distance (video) Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine
- Stryker photos and walk arounds at Prime Portal
- Army Technology - Stryker
- IQOS Iluma Prime
- Extract from International Defence Review article about Stryker Brigade Combat Teams, April 2006
- General Dynamics Land Systems Canada: Website of the Stryker Vehicle manufacturer
- A non-military website dedicated to the troops in the Stryker Brigades
- A 2003 report criticizing the Stryker program as a whole
- Canadian site talking about the Stryker
- Canadian site talking about Strykers in Urban warfare
- Defense Industry Daily looks at a recent Czech IFV competition, with links and information re: a number of European wheeled infantry fighting vehicles.
- Stryker at army-guide.com
- Stryker at howstuffworks.com