Strategi Lautan Biru Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Blue Ocean Strategy; secara rasmi disingkat sebagai NBOS) ialah satu program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Najib Tun Razak.[1] NBOS diperkenakan pada tahun 2009 dengan bertujuan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Kerajaan.[2][3]
Terdapat lebih daripada 80 jabatan dan agensi kerajaan melaksanakan 116 inisiatif NBOS secara kolaboratif sejak pelancarannya.[4] Hasil kerjasama di kalangan Jabatan dan agensi Kerajaan berjaya memecahkan benteng yang sebelum ini memberi kesan kepada kelancaran program-program Kerajaan. Malah melalui kerjasama kreatif inisiatif NBOS, pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan akan lebih mengetahui fungsi masing-masing dengan lebih mendalam dan dengan itu dapat mengelakkan pertindihan fungsi-fungsi agensi.[5]
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan NBOS sebagai program terbaik di dunia.[6]
Sekilas
NBOS diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Renée Mauborgne dengan mengambil cara yang kreatif dan sistematik bagi membentuk strategi dalam sektor awam dan swasta.[7] Dengan melihat merentasi beratus-ratus langkah strategik sepanjang beberapa dekad yang lalu, Kim dan Mauborne berpendapat bahawa bukannya bersaing secara langsung dengan mereka, Pengurus dan pemimpin perlu membina semula sempadan tradisional industri, pasaran dan kerajaan untuk mewujudkan lautan biru – tawaran nilai yang benar-benar unik yang akan memandu masa depan dan membuat persaingan tidak relevan. Pendekatan baru ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Fokus
NBOS memfokuskan kepada enam perkara:
- Penghasilan idea yang kreatif
- Kerjasama antara jabatan dan agensi
- Memerlukan kos perbelanjaan yang minima
- Melaksanakan dengan segera
- Hasilnya berimpak tinggi
- Meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat
Fiesta NBOS
Fiesta NBOS ialah acara yang diadakan bagi mempromosikan NBOS dan ia pertama kali diadakan pada September 2017 di Pekan, Pahang[8] dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Najib.[9]
Rujukan
- ^ "Strategi Lautan Biru Kebangsaan capai kejayaan luar biasa, kata Najib". The Malaysian Insight. 23 September 2017. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ Rokiah Abdullah (19 November 2017). "NBOS bantu program transformasi negara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ "Program NBOS catat kejayaan luar biasa - PM Najib". Astro Awani. 23 September 2017. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ "116 inisiatif di bawah NBOS dilaksanakan sejak 2009". Utusan Malaysia. 13 Disember 2017. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ Idris Musa (28 November 2017). "NBOS beri kesan positif". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ "Zahid puji Strategi Lautan Biru Kebangsaan program terbaik di dunia". Free Malaysia Today. 19 November 2017. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Kim, W.C.; Mauborgne, R. (2004). Blue Ocean Strategy: How to Create Uncontested Market Space and Make the Competition Irrelevant. Boston: Harvard Business School Press. ISBN 978-1591396192.
- ^ Jalal Ali Abdul Rahim; dan Shamsul Kamal Amarudin (19 November 2017). "NBOS sejahterakan rakyat". Harian Metro. Dicapai pada 6 September 2018.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Diana Surya Abdul Wahab (23 September 2017). "Najb rasmikan fiesta NBOS". Sinar Harian. Dicapai pada 6 September 2018.
Bacaan lanjut
- "Strategi Lautan Biru Kebangsaan" (PDF). UCTC UPM. 25 Januari 2013.
- "Mengenai NBOS" (PDF). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. 2013.
- "Pemikiran NBOS dalam Halatuju Kerajaan" (PDF). Perbendaharaan Malaysia. 1 Mac 2017.