Shinjuku 新宿 | |
---|---|
Lokasi | Distrik Shinjuku dan Shibuya, Tokyo |
Dikendalikan oleh | JR East, Odakyu, Keiō, Tokyo Metro, Toei |
Laluan | Laluan Yamanote Laluan Utama Chūō Laluan Chūō (Cepat) Laluan Shōnan-Shinjuku Laluan Saikyō Laluan Odakyu Odawara Laluan Keiō Laluan Baru Keiō Laluan Marunouchi Laluan Toei Shinjuku Laluan Toei Ōedo |
Sambungan | bus |
Sejarah | |
Dibuka | 1885 |
Lokasi | |
Stesen Shinjuku (新宿駅 , Shinjuku-eki) ialah stesen kereta api yang terletak di Shinjuku, Tokyo, Jepang, dan dioperasikan oleh lima syarikat kereta api negara serta setempat, yakni JR East, Tokyo Metro, Toei Subway, Keio Corporation dan Odakyu Electric Railway Company.
Stesen ini berfungsi sebagai stesen lalu lintas kereta api antara kawasan perniagaan Tokyo dengan daerah-daerah di sebelah baratnya. Stesen Shinjuku digunakan oleh kira-kira 3.64 juta orang per hari pada 2007 (apabila dihitung bersamaan dengan syarikat kereta api swasta yang berkongsi landasan di Stesen Shinjuku), membuatnya sebagai stesen tersibuk di dunia berdasarkan kapasiti penumpang.
Stesen Shinjuku mempunyai lebih dari 200 pintu keluar, dan direkodkan di Rekod Dunia Guinness.