Koordinat: 3°03′18″N 101°35′31″E / 3.054888°N 101.591880°E
Lokasi | Stesen USJ 7, Persiaran Kewajipan, 47610 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°3′17″N 101°35′32″E / 3.05472°N 101.59222°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | |||||||||||||||
Dikendalikan oleh | 5 B1 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | |||||||||||||||
Laluan | B1 BRT Laluan Sunway 5 Laluan Kelana Jaya | |||||||||||||||
Platform | 2: 1 platform tengah dan 1 platform sisi | |||||||||||||||
Trek | 2 | |||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: BET3, 770, T776, SJ01 | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | 5 B1 Bertingkat | |||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | |||||||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | KJ31 SB7 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | B1 2 Jun 2015 5 30 Jun 2016 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen LRT USJ7 ialah stesen stesen transit bersepadu yang terletak di USJ 7, Subang Jaya, Selangor. USJ 7 merupakan stesen bagi LRT Laluan Kelana Jaya dan BRT Laluan Sunway.[1][2] Stesen ini dinamakan sempena USJ 7 yang terletak di sebelah timur stesen.
Stesen ini dibuka apabila BRT Laluan Sunway mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[3] Kemudian, LRT Laluan Kelana Jaya mula berkhidmat di stesen ini pada 30 Jun 2016.[4] Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi BRT Laluan Sunway dengan LRT Laluan Kelana Jaya.
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di atas Persiaran Kewajipan di Subang Jaya, Selangor. Terletak berdekatan stesen ini adalah USJ 1, USJ 6, Subang Light Industrial Park, pusat membeli-belah Da Men Mall dan SK Seafield.
Pelan stesen
L2 Platform |
LRT Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (SS 18) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
LRT Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Taipan) | |
L1 Platform |
BRT Arah Utara | → B1 BRT Laluan Sunway menghala ke SB7 Sunway-Setia Jaya (South Quay-USJ 1) |
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan berbayar LRT dengan BRT |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform LRT. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan satu platform sisi di aras yang sama dengan aras legar untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[5]
Perkhidmatan bas
Selain daripada BRT Laluan Sunway, stesen ini juga terdapat perkhidmatan bas RapidKL laluan BET3, 770, T776 dan bas percuma Smart Selangor laluan SJ01.
Galeri
-
Pintu masuk ke USJ 7 stesen.
-
Papan tanda maklumat.
-
Pintu bayaran di stesen. BRT dan LRT disepadukan antara satu sama lain, oleh itu anda tidak perlu untuk keluar dari kawasan yang telah dibayar untuk bertukar.
-
Papan tanda dari platform BRT untuk platform LRT.
-
Platform LRT USJ 7.
-
Papan tanda nama stesen dari Persiaran Kewajipan.
-
Tangga gerak untuk memasuki stesen.
-
Permandangan keseluruhan stesen.
-
Jambatan pejalan kaki untuk menghubungkan stesen.
-
Laluan pejalan kaki disekitar stesen.
Rujukan
- ^ Bernama (2019-09-30). "RapidKL lanjut waktu operasi sempena ambang tahun baru 2020". Malaysia Kini. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ "Hanya 16 minit dari Sunway ke USJ7". Harian Metro. New Straits Times Press. 2015-09-06. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.