| Stele Tahun 400 | |
|---|---|
Lukisan Stele Tahun 400 | |
| Bahan | granit |
| Tulisan | Hieroglif Mesir Purba |
| Dicipta | Abad ke-13 SM |
| Ditemui | Tanis |
| Ditemui oleh | Auguste Mariette (1863), Pierre Montet (1933) |
| Lokasi terkini | Muzium Kaherah |
Stele Tahun 400, atau Batu Bersurat Tahun 400, ialah stele Mesir Purba yang dikeluarkan pada abad ke-13 SM. Maksud stele ini tidak begitu jelas tetapi umumnya ia diandaikan meraikan ulang tahun ke-400 suatu peristiwa yang berkaitan dengan dewa Seth.
Sejarah dan penerangan
Batu bersurat ini ditemui pada tahun 1863 oleh Auguste Mariette, yang sedang menggali di dalam kuil besar di Tanis. Mariette menyalin kemudian menanam semula stele itu, yang ditemui semula oleh Pierre Montet pada tahun 1933 dan kemudiannya dipindahkan ke Muzium Kaherah.[1][2][3]
Batu bersurat yang tidak lengkap ini dibuat semasa pemerintahan Ramesses II dari Dinasti ke-19; firaun ini digambarkan dalam bahagian separa bulatnya mempersembahkan balang-balang wain kepada Seth, yang namanya dipadam apabila dewa ini dimomokkan pada zaman kemudian. Di belakang firaun berdirinya seorang pegawai bernama Seti, pengarang stele ini.[1][4]
Tulisan pada daftar bawah menyatakan bahawa Seti, anak lelaki Paramessu dan Tia, datang untuk menyembah Seth dan memperingati peristiwa ini dengan mengeluarkan stele granit ini; anehnya, dan dengan kelulusan Ramesses II, Seti mencatat tarikh stele itu kepada “Tahun 400, hari keempat bulan keempat Musim Pembanjiran” bagi seorang firaun bernama Aapehtiseth Nubti[1][4] (“Besar kekuatan Seth, dia yang dari Ombos”):
| |
| |
Tafsiran
Sejak penemuannya, Tahun 400 Nubti jelas bukanlah tahun pemerintahan tetapi sejenis ulang tahun. Memandangkan selang 400 tahun dan rujukan jelas kepada dewa Seth, Nubti pada mulanya disangka seorang pemerintah Hyksos yang tidak didokumenkan.[1][4][5] Justeru, ulang tahun ke-400 itu dicadangkan mungkin merujuk kepada satu peristiwa penting seperti pembinaan kuil Seth,[6] atau, lebih umumnya, permulaan suatu era baru.[1][4] Penemuan ini juga menyokong hipotesis yang kini telah disangkal bahawa Tanis ialah ibu kota Hyksos purba, Avaris,[7] dan bahawa stele itu mungkin satu peringatan bagi ketibaan Hyksos.[2][6][8]
Bagaimanapun, pada zaman yang lebih moden, para sarjana menyedari bahawa pegawai Seti itu sebenarnya bapa Ramesses, Seti I, pada peringkat awal kerjayanya. Raja Nubti yang terdahulu itu juga bukanlah raja sebenar, sebaliknya Seth sendiri yang diberikan gelaran-gelaran diraja rekaan. Dengan mengundur 400 tahun ke belakang sebelum tempoh yang dicadangkan oleh stele itu (kemungkinan besar ketika Seti menjadi pegawai di bawah raja Horemheb), meletakkan tarikh peristiwa yang diraikannya sekitar tahun 1730–1720 SM.[2][6][9][8]
Rujukan
- ^ a b c d e Wallis Budge, E. A. (1902). An History of Egypt, part III. New York: Oxford University Press. m/s. 156–161.
- ^ a b c Gardiner, Alan (1961). Egypt of the Pharaohs: an introduction. Oxford University Press. m/s. 165. ISBN 978-0-19-500267-6.
- ^ Porter, B.; Moss, R. (1968). Topographical Bibliography of Ancient Egyptian Hieroglyphic Texts, Reliefs, and Paintings, Part IV: Lower and Middle Egypt. Oxford: Griffith Institute, Ashmolean Museum. m/s. 23.
- ^ a b c d Breasted, James Henry (1906). Ancient records of Egypt, vol III. Chicago: The University of Chicago Press. m/s. 226–228.
- ^ Goyon, Georges (1987). La Découverte des trésors de Tanis. Perséa. m/s. 22. ISBN 2-906427-01-2.
- ^ a b c Grimal, Nicolas (1992). A History of Ancient Egypt. Oxford: Blackwell Books. m/s. 185. ISBN 978-0-631-17472-1.
- ^ Bard, Kathryn A., penyunting (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. London: Routledge. m/s. 921. ISBN 0-203-98283-5.
- ^ a b Hayes, William C. (1971). "Egypt: from the death of Ammenemes III to Seqenenre II". Dalam Edwards, I.E.S. (penyunting). The Cambridge Ancient History (2nd ed.), vol. II, part 1. Cambridge University Press. m/s. 57. ISBN 0-521-077915.
- ^ Dodson, Aidan; Hilton, Dyan (2004). The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson. m/s. 162.
Bacaan lanjut
- Montet, Pierre. "La stèle de l'an 400 retrouvée". Kemi. 4: 191–215.
- Sethe, Kurt (1930). "Der Denkstein mit der Datum des Jahres 400 der Ära von Tanis". Zeitschrift für Ägyptische Sprache und Altertumskunde. 65: 85–89. doi:10.1524/zaes.1930.65.jg.85. S2CID 192961093.








