Stand vanm de Sterren | |
---|---|
Pengarah | Leonard Retel Helmrich |
Penulis | Hetty Naaijkens-Retel Helmrich Leonard Retel Helmrich |
Dihasilkan oleh | Scarabeefilms |
Sinematografi | Leonard Retel Helmrich |
Disunting oleh | Jasper Naaijkens |
Diedarkan oleh | Cinema Delicatessen |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 109 minit |
Negara | Belanda |
Bahasa | Bahasa Indonesia |
Stand van de Sterren (bahasa Inggeris: Position Among the Stars ) merupakan dokumentari 2010 yang diarahkan oleh Leonard Retel Helmrich. Ia ditulis oleh Leonard Retel Helmrich dan Hetty Naaijkens-Retel Helmrich. Dokumentari ini telah ditayangkan pada 17 November 2010 sebagai filem pembukaan Festival Filem Dokumentari Antarabangsa Amsterdam.
Dokumentari ini adalah kesinambung kepada Eye of the Day dan Shape of the Moon mengenai keluarga Sjamsuddin, mengandungi tiga generasi, yang tinggal di kawasan miskin di Jakarta, Indonesia.
Ploy
Mengisarkan sebuah keluarga Kristian dan kehidupan harian mereka di Jakarta.
Bakti bertengkar dengan isterinya. Dia telah menggunakan air suci untuk ikan laganya, dan isterinya membalas dendam dengan memasak ikan-ikan tersebut.
Dwi pula merasa marah apabila ibunya telah mengajar sepupunya yang masih kecil doa dalam ajaran Kristian, sedangkan kanak-kanak tersebut merupakan orang Islam.
Anak saudara Bakti telah lulus peperiksaan akhir dan mereka menggadai rumah mereka untuk membiayai pengajian anak saudaranya itu di universiti.