Staff Am Angkatan Tentera Persekutuan Rusia Генеральный штаб Вооружённых сил Российской Федерации | |
---|---|
Aktif | 10 Jun 1992 – kini |
Negara | Rusia |
Kesetiaan | Angkatan Tentera |
Cawangan | Tugas aktif |
Jenis | Staf |
Sebahagian daripada | Kementerian Pertahanan |
Pangkalan | Bangunan Staf Am (Moscow) , Znamenka 14/1, Moscow |
Komander | |
Ketua Turus Am terkini | Jeneral Ketumbukan Valery Gerasimov |
Timbalan Pertama Ketua Turus Am | Jeneral Ketumbukan Nikolay Bogdanovsky |
Staf Am Angkatan Tentera Persekutuan Rusia (Rusia: Генеральный штаб Вооружённых сил Российской Федерации, Генштаб – Genshtab ) ialah staf ketenteraan bagi Angkatan Tentera Rusia. Ia adalah institusi pusat Pentadbiran Angkatan Tentera dan menyelia pengurusan operasi angkatan tentera di bawah Kementerian Pertahanan Rusia.
Pada tahun 2012 Ketua Turus Am ialah Jeneral Ketumbukan Valery Gerasimov dan Timbalan Pertama Ketua Turus Am ialah Jeneral Ketumbukan Nikolai Bogdanovsky.
Staf Am terletak di Moscow di Lorong Znamenka dekat Daerah Arbat. Bersama dengan bangunan Kementerian Pertahanan dan beberapa bangunan pejabat direktorat Staf berhampiran, ia membentuk apa yang disebut sebagai "wilayah tentera Arbat" sebagaimana yang sering disebut di antara anggota tentera untuk merencana perintah markas tertinggi Angkatan Tentera Rusia.
Sejarah
Di dalam Angkatan Tentera Soviet, Staf Am Angkatan Tentera KRSS bertindak sebagai badan pemerintahan dan pengawasan utama tentera. Staf Tentera Merah (RKKA) mula-mula dibentuk pada tahun 1921 tetapi, sejarawan John Erickson berkata, sehingga tahun 1924 berkembang menjadi kumpulan yang berat sebelah dalam menangani latihan tempur, hal ehwal harian Tentera Merah, dan dasar pertahanan, semua tanpa definisi sebenar. Erickson memulakan perkembangan Staf sebagai "otak tentera" Soviet dari pelantikan Mikhail Frunze ke jawatan Ketua Staf oleh Perintah No.78 bertarikh 1 April 1924. 'Dari tarikh ini.. sejarah Staf Am Soviet – seperti yang diramal – telah bermula'.[1]
Pada 22 September 1935, pihak berkuasa menamakan semula Staf RKKA sebagai Staf Am, yang pada dasarnya menjelmakan semula Staf Am Empayar Rusia.[2] Ramai bekas-bekas pegawai Staf RKKA telah berkhidmat sebagai pegawai Staf Am dalam Empayar Rusia dan menjadi pegawai Staf Am dalam KRSS. Para pegawai Staf Am lazimnya mempunyai pengalaman tempur yang luas dan latihan akademik yang padu.
William Odom menulis:
'semasa Perang Dunia II [pihak Staf Am] menjadi organ utama Stalin bagi arahan beroperasi semua pasukan tentera. Selepas perang ia menjadi pusat paling berkuasa bagi hampir kesemua aspek perancangan tentera, operasi, dan penentuan keperluan sumber-sumber. Menteri Pertahanan hanya mempunyai staf yang terhad untuk sokongannya sendiri, menyebabkan beliau bergantung sepenuhnya pada Staf Am. … Di dalam Kementerian Pertahanan, semua isu peruntukan sumber biasanya diselesaikan oleh Ketua Turus Am sebelum pergi ke menteri, dan akhirnya, selepas berunding dengan GOSPLAN, ke Politburo.'[3]
Semasa Perang Dingin, Staf Am Soviet mengekalkan rancangan Soviet untuk menceroboh Eropah Barat, yang mana operasi berskala besar ini telah dibocorkan secara rahsia kepada Barat oleh pengintip seperti Ryszard Kukliński dan kemudiannya diterbitkan oleh penyelidik Jerman yang bekerja dengan fail-fail Tentera Rakyat Nasional,[4] dan Parallel History Project[5] dan dokumen berkaitan latihan Poland, Seven Days to the River Rhine (1979).
Sejak pembubaran Kesatuan Soviet dan terutamanya sejak tahun 2004 pihak Staf Am dan Kementerian Pertahanan Rusia telah cuba membahagikan arahan-arahan angkatan tentera sesama mereka, seringkali berlaku perbalahan sengit birokrasi. Di laporkan bahawa tugas utama Staf Am sekarang ialah jabatan perancangan strategik Kementerian Pertahanan Rusia, dan Menteri Pertahanan sendiri kini mendapat kuasa eksekutif ke atas tentera. Namun beberapa pemerhati Rusia membantahnya.[6]
Organisasi Staf Am
- Direktorat Utama Semboyan[7]
- Direktorat Utama Operasi[7]
- Direktorat Utama Perisikan (GRU)[7]
- Direktorat Utama Pengerahan Organisasi[7]
- Direktorat Ketua Pasukan Tempur Radio Elektronik[7]
- Direktorat Topografi Tentera[7]
- Markas Utama – Tentera Darat[7]
- Markas Utama – Tentera Laut[7]
- Markas Utama – Tentera Udara[7]
- Markas Pertahanan Aeroangkasa[7]
- Markas Angkatan Peluru Berpandu Strategik[7]
- Markas Pasukan Airborne[7]
- Markas Pasukan Operasi Khusus (Bahasa Rusia: командование сил специальных операций, (KCCO) , tr. Komandovanie sil spetsial’nalnykh operatsii, (KSSO))[8]
- Direktorat Latihan Operasi[7]
- Direktorat Ke-8[7]
- Direktorat Utama Ke-12[7]
- Direktorat perkhidmatan trup dan keselamatan perkhidmatan tentera[7]
- Direktorat Ketua Pasukan Radiasi, Kimia, dan Pertahanan Biologi[7]
- Direktorat Ketua Pasukan Jurutera[7]
- Direktorat Utama bagi Penyelidikan Laut Dalam[7]
- Pos Kawalan Pusat[7]
- Perkhidmatan Hidrometeorologi[7]
Rujukan
- ^ John Erickson, The Soviet High Command 1918–1941: A Military-Political History 1918–1941, St Martin's Press (Macmillan), London, 1962 (1964?), pp. 173, 203–204, 796.
- ^ See Philip Bayer, Evolution of the Soviet General Staff 1917–1941, New York, Garland, 1987
- ^ Odom, The Collapse of the Soviet Military, Yale, 1998, p. 27.
- ^ Odom, William E. (1998). "The Collapse of the Soviet Military". Yale. m/s. 72–80. Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-22. Dicapai pada 2009-12-12.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ Pavel Felgenhauer, "Russia's Imperial General Staff", Perspective, Volume XVI Number 1 (October–November 2005)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u RF MOD website www.mil.ru
- ^ Marsh, Dr. Christopher (2017). Developments in Russian Special Operations - Russia's Spetsnaz, SOF and Special Operations Forces Command (PDF). CANSOFCOM Education & Research Centre Monograph Series. Ottawa, Ontario: Canadian Special Operations Forces Command. ISBN 9780660073538. Dicapai pada 22 September 2017.
Bacaan lanjut
- Захаров М.В. Генеральный штаб в предвоенные годы. — М.: Воениздат, 1989
- Zakharov, M.V. General Staff in the pre-war years, Moscow, Voenizdat., 1989 (chapter 6) [1]