Kompleks Sukan Shah Alam كومڤليك سوكن شاه عالم | |
---|---|
Lokasi | Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Koordinat | Koordinat: 3°04′55″N 101°32′42″E / 3.082001°N 101.545038°E |
Pecah tanah | 1990 |
Dibina | 1 Januari 1990 |
Dibuka | 16 Julai 1994 |
Ditutup | 3 Julai 2024 |
Pemilik | Kerajaan Negeri Selangor |
Pengendali | Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) |
Permukaan | Padang rumput/Trek |
Kos pembinaan | RM460 million |
Arkitek | Hijjaz Kasturi Associates Sdn. Bhd. |
Kapasiti | 80,372 (akan dikurangkan ke 40,000) |
Penyewa | |
Selangor (Liga Super Malaysia) (1994-2016) PKNS FC (2017-2018) Selangor (Liga Super Malaysia) (2019-2020) |
Kompleks Sukan Shah Alam merupakan sebuah stadium serbaguna yang terletak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut merangkumi Stadium Melawati (stadium tertutup). Kegunaan utamanya adalah untuk perlawanan bola sepak tetapi ia juga mempunyai kelengkapan untuk olahraga. Stadium ini merupakan tuan rumah bagi Selangor, dan mempunyai kapasiti penonton sebanyak 69,372. Sekiranya perlu, terdapat ruang untuk 11,000 orang lagi untuk berdiri menjadikan kapasitinya 80,372[1]. Pembinaan telah bermula pada tahun 1991, dan stadium ini telah dibuka secara rasmi pada Julai 1994, apabila pilihan Dundee United bertemu dengan pilihan Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi[2].
Stadium ini terletak di bahagian timur Shah Alam. Dengan enam tingkat, ia merupakan stadium terbesar di Selangor. Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia. Ia telah menjadi salah satu tanda tempat utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Dibina dengan teknologi terbaru, stadium ini popular dalam penganjuran acara sukan bertaraf dunia. Ia juga merupakan gelanggang utama skuad bola sepak kebangsaan dan perlawanan akhir Piala Malaysia dari 1994 sehingga 1997 sehingga Stadium Nasional Bukit Jalil dibina. Stadium ini direka bentuk oleh arkitek terkenal Malaysia, Hijjaz Kasturi.
Stadium ini mempunyai ruang letak kereta yang cukup untuk 5,500 buah kereta. Selain itu, stadium ini juga mempunyai litar perlumbaan kart, Stadium Malawati dan Stadium Mini Shah Alam
Pada masa kini, Stadium Shah Alam merupakan stadium tuan rumah pasukan bola sepak Selangor yang bermain dalam Liga Super Malaysia.Stadium ini sudah tidak dipakai sejak 2020 akibat kerosakan di bumbung dan fasiliti yang lain akibat banjir besar di Shah Alam pada 19 Disember 2021.
Stadium ini memulakan perobohan pada 3 Julai 2024 bagi memberi laluan kepada pembangunan semula yang dijangka siap pada tahun 2029.
Rujukan
- ^ "Shah Alam Stadium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-30. Dicapai pada 2007-08-06.
- ^ Stadium Shah Alam