Stadium Pusat Sukan Olimpik Tianjin (bahasa Cina Mudah: 天津奥林匹克中心体育场) ialah sebuah stadium yang terdapat di Tianjin, China.
Stadium ini menganjurkan sukan Piala Dunia Wanita FIFA 2007. Ia juga akan menganjurkan perlawanan kelayakan bola sepak bagi Sukan Olimpik 2008. Ia meliputi 78,000 meter persegi dan kapasiti 60,000. Ia juga memiliki panjang 380 meter, lebar 270 meter, dan tinggi 53 meter. Ia diberi nama timangan iaitu "Water Drop" kerana kawasan luar venue ini direka memiliki air pancut. Stadium ini menelan kos 1,500,000,000 Yuan untuk dibina.
Pembinaan bermula Ogos 2003 dan disiapkan pada Ogos 2007.