Stadium Hang Jebat | |
---|---|
Lokasi | Krubong, Melaka Malaysia |
Dibuka | September 2004 |
Permukaan | Padang rumput dan trek balapan |
Kapasiti | 40,000[1] |
Penyewa | |
Melaka Bersatu |
Stadium Hang Jebat merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan bola sepak. Stadium Hang Jebat terletak di Kampung Paya Rumput , Krubong di negeri Melaka, Malaysia.
Stadium Hang Jebat memiliki keupayaan 40,000 penonton dengan semua duduk tempat duduk.[2]
Sejarah
Idea pembinaan Stadium Hang Jebat bermula apabila bekas Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, mewartakan 12-subsektor pelancongan di mana Pelancongan Sukan merupakan salah satu sektor yang diwartakan. Memandangkan Pelancongan Sukan boleh memberi pulangan yang besar kepada negeri Melaka maka satu stadium yang bertaraf antarabangsa didirikan untuk menampung keperluan sektor ini. Maka lahirlah Stadium Hang Jebat yang siap dibina pada September 2004 dan memulakan operasinya sebaik sahaja siap sepenuhnya. Stadium Hang Jebat merupakan venue utama dalam Kompleks Sukan Hang Jebat dan juga adalah yang tercanggih antara venue-venue sukan yang terdapat di negeri ini. Dengan jarak 10km dari susur keluar Tol Ayer Keroh dan 13km dari pusat bandar, lokasi Stadium Hang Jebat agak strategik kerana laluan ke stadium ini yang tidak sibuk memudahkan pengujung untuk datang ke stadium ini dengan mudah. Dengan keluasan enam ekar, Stadium Hang Jebat boleh menampung 40,000 orang pada satu-satu masa.
Spesifikasi yang jitu bertaraf antarabangsa, kemudahan trek yang mendapat pengiktirafan dunia dan penggunaan teknologi moden adalah sesuai untuk penganjuran acara-acara olahraga dan bola sepak yang terkemuka. Stadium Hang Jebat menawarkan pelbagai prasarana sukan dan juga kemudahan lain termasuk ruang pameran dalaman dan luaran, bilik mesyuarat, bilik seminar, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain termasuk taman permainan kanak-kanak yang selesa. Kemudahan sukan rekreasi juga disediakan di sini seperti trek Lumba Motosikal Mini, trek Lumba ‘Sprint Test’, trek ‘Drift’ pan pelbagai lagi.
Kemudahan-kemudahan lain termasuk tempat letak kenderaan yang selesa, kandang kuda (tetap dan sementara), ruang pengadil, bilik pengadil, kaunter tiket, tempat pembersihan kuda, stor-stor utiliti, bilik VIP, surau, bilik persalinan, bilik media, bilik rawatan, bilik mesyuarat, pejabat pengurusan dan bilik sekretariat. Untuk kemudahan pertandingan, satu Riding Arena, kawasan pemanas badan dan juga pentas VIP disediakan.
Rujukan
- ^ http://www.worldstadiums.com/asia/countries/malaysia.shtml
- ^ [ http://www.worldstadiums.com/asia/countries/malaysia.shtml www.worldstadiums.com (Stadium Hang Jebat)]