Stadium Bedok | |
---|---|
Lokasi | Bedok, Singapura |
Koordinat | 1°19′35.06″N 103°56′21.35″E / 1.3264056°N 103.9392639°E |
Dibuka | 1 Februari 1982 |
Diubahsuai | 1981 |
Pemilik | Majlis Sukan Singapura |
Pengendali | Majlis Sukan Singapura |
Permukaan | Rumput asli |
Papan mata | Ya |
Kapasiti | 3,800 |
Penyewa | |
Geylang International FC |
Stadium Bedok ialah stadium bola sepak yang terletak di Bedok, Singapura. Stadium ini buat masa kini menjadi rumah kepada kelab bola sepak Geylang International FC yang bermain di S.League. Stadium dibuka setiap hari dari 4:30 pagi hingga 8:30 malam kepada orang ramai, kecuali jika ia ditempah secara eksklusif. Stadium ini diuruskan oleh Majlis Sukan Singapura.
Kemudahan dan Struktur
Stadium ini mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 3,964 orang. (2,000 tetap, 1,000 separuh kekal & 800 mudah alih). Stadium ini terdiri daripada padang bola sepak, trek 8-lorong dan kemudahan sukan secara separuh. Ia juga merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Bedok, sebuah kemudahan sukan masyarakat yang termasuk Kompleks Renang Bedok, Dewan Sukan Bedok, Pusat Kecergasan Bedok dan Stadium Bedok itu sendiri. Kompleks Sukan juga merupakan rumah kepada Persekutuan Silat Singapura dan Persekutuan Sepak Takraw Singapura.[1]
Rujukan
- ^ Sports Facilities In Bedok To Open In Phases At End Of 2017 MCCY.gov.sg, Dicapai 14 November. 2019