Stade Pierre-Mauroy juga dikenali sebagai Arena Decathlon – Stade Pierre-Mauroy atas sebab penajaan, ialah stadium bumbung boleh tarik berbilang guna di Villeneuve-d'Ascq (Lille), Perancis, yang dibuka pada Ogos 2012[1]. Ia mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 50,186 dan merupakan stadium rumah Lille OSC[2]. Pada mulanya dinamakan Grand Stade Lille Métropole, stadium itu dinamakan semula pada 21 Jun 2013, sejurus selepas kematian bekas Datuk Bandar Lille dan bekas Perdana Menteri PerancisPierre Mauroy (1928–2013).[3]