ICD-10 | R09.3 |
---|---|
ICD-9 | 786.4 |
Sputum atau kahak ialah jirim yang diludahkan dari salur respirasi ke luar mulut, misalnya lendir mukus atau flegma yang dicampurkan dengan air liur. Ia biasanya dikaitkan dengan laluan udara di dalam paru-paru, bronkus, atau trakus pernafasan atas seseorang pesakit. Sputum kekadang mengandungi darah, khususnya jika pesakitnya menghidap batuk kronik yang mungkin diakibatkan oleh tuberkulosis yang teruk.
Sampel sputum ialah nama yang diberikan kepada mukus yang dibatukkan dari laluan udara bawah. Biasanya, ia digunakan untuk membuat penyelidikan mikrobiologi terhadap jangkitan pernafasan.[1] Sampel sputum yang terbaik tidak mengandungi banyak air liur [2] kerana air liur mencemarkan sampel dengan bakteria mulut. Keadaan ini dinilai oleh ahli mikrobiologi klinikal dengan memeriksa menggunakan kaedah pewarna Gram terhadap sputum itu. Melebihi 25 sel epitelium skuamus pada pembesaran rendah menunjukkan pencemaran air liur.
Jika spesimen sputum diplatkan, bahagian sampel yang kelihatan seolah-olah nanah merupakan bahagian yang terbaik untuk dibubuh pada kapas kesat. Jika terdapat sebarang darah di dalam sputum, itu juga perlu dimasukkan.
Sampel sputum mikrobiologi biasanya digunakan untuk menentukan jangkitan Moraxella catarrhalis, Tuberkulosis mikobakterium, Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae. Bagaimanapun, patogen yang lain juga kekadang ditemui.
Warna sputum termasuk:
- Warna darah: Seringnya ditemui dalam penyakit tuberkulosis (hemoptisis);
- Warna karat: Biasanya diakibatkan oleh bakteria pneumokokus (dalam penyakit pneumonia);
- Warna nanah: Mengandungi nanah, dengan warnanya memberi petua tentang sebab-sebab yang mungkin: [3]
- Warna kuning kehijauan (mukopurulen): Menunjukkan jangkitan bakteria;
- Warna putih, warna susu, atau warnalegap (mukoid): Seringnya menunjukkan jankitan virus;
- Warna putih berbusa: Mungkin diakibatkan oleh sumbatan, malahan edema.
Rujukan
Pautan luar
- http://www.fpnotebook.com/LUN70.htm Diarkibkan 2008-06-11 di Wayback Machine