SPORONGONY
Sporongony merupakan satu proses pembiakan secara seksual atau aseksual yang melibatkan percantuman diantara zigot atau pun spora. Dalam plasmodium ovale ia merujuk kepada penghasilan sporozoite melalui percantuman zigot.Dalam kitar hidup satu mikroorganisme jenis apicomplex protozoa seperti plasmodium ovale yang menyebabkan malaria ,sporozoite merupakan sel yang menginfeksi satu hos yang baru.
Dalam plasmodium ovale,cara pembiakan ini berlaku secara seksual apabila gametocyte(gamet jantan atau betina) menyambung proses perkembangan dalam nyamuk betina jenis Anopheles.Gamet jantan dan gamet betina plasmodium ovale akan bergabung membentuk zigot,ini seterusnya berkembang kepada ookinete yang akan menembusi dinding perut(usus) nyamuk dan menjadi oocyte.
Pembiakan secara aseksual pula berlaku apabila, Oocyte ini membahagi secara aseksual melalui proses meiosis kepada banyak sporozoit. Sporozoit-sporozoit ini akan bergerak kearah kelenjar liur nyamuk betina jenis Anopheles tadi.
Selepas mengigit seorang manusia,nyamuk tadi akan membebaskan sporozoit-sporozoit yang disebut tadi melalui air liur dari kelenjar liur ke sistem atau salur peredaran darah individu tersebut.
Sporozoite yang terbebas dalam sistem peredaran darah individu tadi akan memasuki paru-paru individu tersebut dan berganda. Sel-sel yang terinfeksi oleh sporzoite akan lisis .Parasite ini seterusnya akan berreplikasi kepada berribu-ribu merozoite.
Merozoite-merozoite ini akan dibebaskan ke sistem peredaran darah dimana ia akan mencerobohi sel darah merah.Disini parasite akan berkembang dari satu bentuk cincin kepada trofozoite yang besar.
Dalam fasa schizont,parasite ini membahagi beberapa kali untuk menghasilkan merozoite yang baru,yang akan meningalkan sel darah merah yang telah dicerebohi tadi dan bergerak(mengembara) ke seluruh sistem peredaran darah untuk menginfeksi(mencerobohi) sel darah merah yang baru.
Kebanyakan dari merozoite akan terus menyambung kitar replikisasi ini dan selebihnya pula akan membentuk gametocyte (dalam darah) sama ada jantan atau betina. Gametocyte (dalam darah) ini akan diambil oleh nyamuk betina jenis Anopheles apabila ia mengigit dan menghisap darah individu yang terinfeksi.
Proses sporangony mengambil jangka masa lebih kurang 10 hingga 20 hari untuk berkembang.Semasa berada di dalam nyamuk pula ia akan berada dalam keadaan infektif hanya dalam tempoh 1 hingga 2 bulan.Dengan kata lain,selepas tempoh 1hingga 2 bulan selepas perkembangan sporongony ,walaupun seorang itu digigit oleh nyamuk betina jenis Anopheles dia tidak akan mengalami sebarang komplikasi atau simptom penyakit.
--60.50.152.216 16:00, 5 April 2006 (UTC)disediakan oleh: GREG