Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Spektrum pancaran sesuatu unsur merupakan keamatan sinaran elektromagnet relatif untuk setiap frekuensi yang disinarkan oleh unsur itu ketika unsur itu dipanaskan.
Apabila elektron dalam unsur itu teruja, mereka melompat ke aras tenaga yang lebih tinggi. Elektron-elektron ini akan terus berada dalam keadaan teruja sehingga ia mencapai keadaan metastabil. Pada keadaan ini, elektron-elektron tersebut akan kembali ke aras tenaga rendah, dan meninggalkan keadaan teruja. Ketika menuju kearas yang lebih rendah, tenaga akan disinarkan semula dengan kuantiti yang sama dengan kuantiti tenaga yang diterima oleh elektron untuk memasuki keadaan teruja. Tenaga yang dibebaskan ini akan menghasilkan panjang gelombang yang mana merujuk kepada garisan-garisan diskrit pada spektrum pancaran.
Spektrum pancaran boleh digunakan untuk menentukan komposisi sesuatu bahan, kerana ia berbeza bagi setiap unsur dalam jadual berkala.