Special Force | |
---|---|
Fail:Special Force (2003) cover.jpg | |
Pembangun | Hadeel |
Penerbit | Biro Pusat Hezbollah |
Enjin | Genesis3D |
Platform | Windows |
Pelepasan | 16 Februari 2003 |
Genre | Penembak orang pertama |
Mod | Pemain tunggal |
Special Force (القوة الخاصة ) ialah francais penembak orang pertama yang diterbitkan oleh Biro Pusat Hizbullah pada tahun 2003. Hizbullah ialah kumpulan militan Islam Lubnan. Permainan ini mencipta semula imej dari pertempuran konflik Lubnan Selatan antara Hizbullah dan Israel. Pemain akan memainkan peranan sebagai pejuang Hizbullah yang ditugaskan untuk mengalahkan tentera zionis Israel.
Hizbullah memulakan pembuatan permainan ini beberapa bulan selepas konflik berakhir pada tahun 2000. Hizbullah berkongsi dengan syarikat Hadeel untuk membuat tajuk ini selama dua tahun. Special Force dikeluarkan pada Februari 2003 di beberapa negara Arab dan pada minggu pertama menjual 8,000 salinan. Pada September permainan menjual sekitar 18,000 salinan di luar Lubnan.
Francais ini sangat popular di wilayah Timur Tengah. Special Force 2: Tale of the Truthful Pledge, sekuel berdasarkan Perang Lubnan 2006, dikeluarkan pada Ogos 2007.
Gaya permainan
Special Force ialah permainan video bergenre penembak orang pertama (POP) yang berlatar di Konflik Lubnan Selatan antara Hizbullah yang menjaga keamanan negara Lubnan di bahagian Selatan menentang pencerobohan Israel. Permainan ini mereka semula beberapa imej operasi ketenteraan Hizbullah seperti letak geografik, kondisi cuaca, ranjau darat dan serangan musuh. Pemain berkhidmat sebagai pejuang Hizbullah, dalam awal misi akan disampaikan apa-apa yang harus diperbuat oleh komando pusat.
Pemain bebas memilih pisau, pistol, senapang Kalashnikov dan bom tangan menentang kereta perisai Israel Merkava dan helikopter Boeing AH-64 Apache. Pada moda latihan, pemain akan berlatoh dengan menembak poster-poster pejawat dan penjahat Israel (perdana menteri Ariel Sharon, menteri pertahanan Shaul Mofaz dan bekas pertahanan Ehud Barak). Semakin bolong bekas poster yang ditembak maka mata yang didapat oleh pemain akan semakin besar. Pemain akan mendapat pingat wira dan sertifikat pengakuan dari pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah apabila telah menamatkan semua misi.
Ending dalam permainan menceritakan kisah-kisah perjuangan Hizbullah dalam mempertahankan martabat dan keamanan negara. Mereka disebut sebagai syuhada yang berjuang untuk membunuh penjahat-penjahat dan penjajah. Permainan ini menyediakan bahasa Bahasa Arab, Inggeris, Perancis dan Parsi.
Pengeluaran
Special Force ialah permainan video pertama yang dibuat oleh Biro Pusat Hizbollah. Sebelumnya Biro Pusat telah membuat beberapa filem dan mempelajari cara kerja software sebelum tahun 2000. Semasa itu, permainan video ialah hal yang baharu dan beberapa pejawat di Hezbollah ingin membangun permainan video.
Permainan ini dibuat berkongsi dengan syarikat teknologi Lubnan Hadeel, mengguna enjin Genesis3D. Merujuk kepada salah satu ahli Biro Pusat Hizbullah Mahmoud Rayya, salah satu tujuan pembuatan permainan ini ialah kerana banyaknya permainan video Amerika Syarikat yang menjadikan Arab sebagai musuhnya. Permainan ini diterbitkan pada 16 Februari 2003 di Lubnan, Syria, Iran, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu. Permainan ini dipasarkan oleh syarikat Sunlight.
Pautan luar
Official website di Wayback Machine (diarkibkan 13 Mac 2003)