Sophia Latjuba | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Indonesia[1] |
Nama lain | Sophia Müller |
Pendidikan | SMA 3 Jakarta[2] |
Pekerjaan | Pelakon, Peragawan, Penyanyi |
Tahun aktif | 1987 - kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 2 |
Anugerah | Anugerah BASF 1994 untuk Gubahan Album Terbaik |
Sophia Latjuba (lahir di Berlin Barat, 8 Oktober 1970; umur 54 tahun), kini dikenali sebagai Sophia Müller, merupakan seorang pelakon, peragawan dan penyanyi berkarayatan Indonesia
Biografi
Sophia Latjuba dilahirkan kepada Azzizurrahman Latjuba, yang berketurunan Iraq-Bugis-Jawa, dan Anna Muller, berdarah Jerman-Austria, di Berlin Barat, Jerman Barat, pada 8 Ogos 1970.[1][3] Semasa usia remajanya, beliau pulang ke Indonesia bersama bapanya; beliau kemudiannya melaporkan yang beliau lebih rapat dengan bapanya daripada ibunya sendiri.[4] Beliau tamat belajar di SMA 3 Jakarta.[5]
Sophia Latjuba membuat kemunculan filem pertamanya pada 1987 menerusi Bilur-Bilur Penyesalan, ketika masih bersekolah menengah. Beliau kemudiannya muncul dengan beberapa filem lain, termasuk Kuldesak, arahan kakak iparnya ketika itu, Mira Lesmana yang mana beliau muncul secara bebas, pada 1998.[3][6] Semasa kerjaya filemnya, Sophia Latjuba dilabel sebagai simbol seks;[1] Bruce Edmond, menulis untuk The Jakarta Post menyifatkannya sebagai "gadis khayalan bagi jejaka Indnoesia" pada masa itu.[4] Beliau juga merakamkan beberapa album, termasuk Hanya Untukmu yang memenangi Anugerah BASF 1994 untuk Gubahan Album Terbaik.[3]
Semasa menyiapkan album saduran 2002 Dekade (Dekad), Chrisye mendekati Sophia Latjuba untuk mempersembahkan dua lagu duet, "Kangen" ("Rindu") dan "Anggrek Bulan", bersamanya di dalam album; Sophia menerimanya. Beliau kemudiannya mempersembakannya di Konsert Dekade bersamanya.[7][8]
Pada 22 Disember 2008, Sophia Latjuba berpindah ke Los Angeles, California, Amerika Syarikat, memetik kebangkitan intoleransi di Indonesia[1] dan bantahan di Jakarta.[4] Selepas bercuti dari kerjaya lakonan,[1] beliau mula diujibakat untuk peranan filem di Los Angeles dan mengambil kelas lakonan untuk memperbaharui profesionalisme beliau.[4] Setakat April 2012[kemas kini], beliau masih tinggal di bandar itu, ini kerana anak perempuannya mendalami seni persembahan di sana.[9]
Pada Oktober 2012, Sophia Latjuba secara rasminya menukar namanya sebagai Sophia Müller.
Kehidupan peribadi
Perkahwinan pertama Sophia Latjuba pada 1992, ialah bersama pemuzik Indra Lesmana;[10] pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Eva Celia. Perkahwinan keduanya, pada 30 April 2005, bersama seorang warga Amerika Syarikat, Michael A. Villareal, dan juga mempunyai seorang anak perempuan.[3][9] Selepas bercerai secara sah di AS, kedua-duanya mengesahkan perceraian mereka di Mahkamah Awam Jakarta Selatan dan disahkan pada 17 September 2014 oleh hakim.[11]
Filemografi
- Bilur-Bilur Penyesalan (1987)
- Rio Sang Juara (1989)
- Valentine Kasih Sayang Bagimu (1989)
- Ketika Cinta Telah Berlalu (1989)
- Pengantin (1990)
- Taksi Juga (1991)
- Catatan Si Boy V (1991)
- Kuldesak (1998)
- Tetangga Masa Gitu? (2014)
- Comic 8 Casino Kings Bahagian 1 (2015)
- Comic 8 Casino Kings Bahagian 2 (2016)
- Danur 2: Maddah (2018)
- Dignitate (2020)
Diskografi
- Senyum Yang Hilang
- Lihat Saja Nanti
- Hanya Untukmu
- Hold On
- Kabut Di Kaki Langit
- Tak Kubiarkan
Rujukan
- Nota kaki
- ^ a b c d e Emond 2009, Sophia Latjuba: Moving.
- ^ "Sophia Latjuba: Height, Weight, Age, Measurements". Celebrity Facts. Dicapai pada 2017-04-26.
- ^ a b c d KapanLagi.com, Sophia Latjuba.
- ^ a b c d Emond 2010, Sophia's LA Story.
- ^ Tempo 1990, Lihat Jerman Bersatu.
- ^ Tempo 1998, Sophia Latjuba.
- ^ Endah 2007, m/s. 318.
- ^ Dekade album notes.
- ^ a b The Jakarta Post 2012, Sophia Latjuba wants.
- ^ Tempo 1992, Indra Lesmana dan Sophia Latjuba.
- ^ Ferry Noviandi (17 September 2014). "Sophia Latjuba-Michael Villareal Resmi Bercerai". Liputan 6.
- Sumber petikan
- Dekade. Chrisye. Musica Studios. 2002.CS1 maint: others (link)
- Emond, Bruce (29 March 2010). "Sophia's LA Story". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
- Emond, Bruce (13 January 2009). "Sophia Latjuba: Moving on to New Life in LA". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
- Endah, Alberthiene (2007). Chrisye: Sebuah Memoar Musikal [Chrisye: Sebuah Memoir Muzikal] (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-979-22-2606-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- "Indra Lesmana dan Sophia Latjuba" [Indra Lesmana dan Sophia Latjuba]. Tempo (dalam bahasa Indonesia). 6 June 1992. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
- "Lihat Jerman Bersatu". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 20 October 1990. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
- "Sophia Latjuba". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 1 December 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
- "Sophia Latjuba". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.
- "Sophia Latjuba wants to remain in LA". The Jakarta Post. 4 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 18 April 2012.