Soneta ialah sebuah bentuk puisi yang berasal dari Itali; dikatakan bahawa pemuisi Sicily, Giacomo Da Lentini mencipta bentuk ini.[1] Perkataan "soneta" terbit daripada perkataan Itali, sonetto. Menjelang abad ke-13, soneta membawa maksud puisi sepanjang 14 baris yang mengikut skema rima dengan ketat, dan yang juga memiliki bentuk yang khusus. Resam penggunaan soneta sudah berubah dengan pengedaran masa. Dalam kesusasteraan Inggeris, seorang daripada penulis soneta yang amat terkenal ialah William Shakespeare, yang menulis 154 soneta.
Rujukan
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.