Pengelasan | Organ mulut |
---|---|
Dibangunkan | Borneo Utara: Sabah,Malaysia |
Sompoton ialah sebuah alat tiup berupa erofon[1] yang dimainkan dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut[2][3][4][5] dari Sabah, utara pulau Borneo.[6] Sompoton merupakan salah satu alat muzik tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun.
Binaan
Bahan asas ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan iaitu korobu.[7][8] Labu ini ditebuk lubang memuatkan sebanyak lapan batang buluh kecil berbagai panjang dipanggil sumbiling[7] disusun dan diikat dalam dua lapisan menggunakan rotan - salah satu batang ini bertindak sebagai pengapit yang memberi imbangan kepada keseluruhan binaan ayat tanpa perlu mengeluarkan bunyi.[8][1]
Setiap buluh atau sumbiling ini mempunyai nama tradisi sendiri:[9]
- lombohon
- monongkol
- suruk
- baranat
- randawi,
- tuntuduk
- tinangga
Batang-batang buluh ini dilekatkan rapat-rapat pada dasar alat menggunakan lilin lebah bagi menahan angin daripada keluar melalui celah-celah buluh apabila ia ditiup.[1]
Rid yang menggetar menghasilkan bunyi tiupan diperbuat daripada batang pokok polod.[1]
Cara bermain
Pemain memegang alat sompoton mengikut kedudukan sendiri: pemain yang berdiri perlu memegang tegak atau mencondongkan badan alat pada sebelah kanan pemain, pemain yang duduk akan membaringkan empat buluh terpanjang pada bahu pemain.[7]
Pemain meniupkan udara melalui muncung sambil dua-dua tangan menutupi lubang buluh hujung: jari tangan yang lebih kuat menutupi buluh-buluh pendek manakala jari tangan yang berlawanan menutupi lubang pangkal barisan buluh panjang.[1]
Rujukan
- ^ a b c d e "Hongkod Koisaan: Musical Instrument". Kadazandusun Cultural Association Sabah. Dicapai pada 3 Februari 2021.
- ^ Sabah: history and society. Malaysian Historical Society. 1981.
- ^ "Sompoton". New Sabah Times. m/s. 14. Dicapai pada 15 October 2014.[pautan mati kekal]
- ^ Elaine Lee (2006). Ethnic musical instruments of Malaysia. Win Publication.
- ^ Buku Teks Sejarah Tahun 6 ISBN 978-983-49-0269-8
- ^ D. Ohrnberger (29 Januari 1999). The Bamboos of the World: Annotated Nomenclature and Literature of the Species and the Higher and Lower Taxa. Elsevier. m/s. 304–. ISBN 978-0-08-054238-6.
- ^ a b c Patricia Matusky; Tan Sooi Beng (2017). The Music of Malaysia: The Classical, Folk and Syncretic Traditions. Oxon: Routledge. m/s. 261–264. ISBN 978-1-4724-6504-7.
- ^ a b "Sompoton". sabah.edu.my. Dicapai pada 2020-10-09.
- ^ Ong Chen Wei and Jedol Dayou (25 September 2009). "Frequency Characteristics of Sound from Sompoton Musical Instrument" (PDF). School of Science and Technology. Universiti Malaysia Sabah. m/s. 71–72. Dicapai pada 15 October 2014.
Pautan luar
- The Making of the Sompoton - dokumentari dalam bahasa Dusun dengan sarikata bahasa Inggeris