Sleeq | |
---|---|
![]() Anggota kumpulan Sleeq (Dari kiri: Ahmad Syarif dan Alyph Abdullah). | |
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | SleeQ, SLQ |
Berasal dari | Singapore |
Genre | Hip hop, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penulis lirik |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2005–2015 |
Syarikat rakaman | KRU Records Magic Potion Records Alibi Music Aaron Aziz Productions |
Pengkarya berkait | Aaron Aziz, Najwa Latif, Ramlah Ram, Dynda, Kaka Azraff |
Bekas ahli | Muhammad Alif Abdullah (Alyph) Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif) |
Sleeq (digayakan sebagai SleeQ) merupakan kumpulan muzik dari Singapura yang membawakan genre hip-hop dan R&B, mereka menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kumpulan ini dikenali sebagai kumpulan yang mempertaruhkan irama pop, hip-hop, R & B dan menjadi penghibur yang disegani di Singapura dan Malaysia. Telah banyak lagu-lagu dendangan kumpulan ini mendapat tempat di corong-corong radio di Singapura dan Malaysia, antaranya ialah Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi dan Moviestar.
Populariti mereka di Malaysia mula diperkatakan bila lagu 'Sesaat Kau Datang' kolaborasi mereka bersama Ramlah Ram menjadi popular. Selepas itu mereka merakamkan pula lagu 'Untuk Dia' bersama Najwa Latif.
Pada 2015, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka. [1]
Ahli
Muhammad Alif Abdullah
Muhammad Alif Abdullah (lahir 21 September 1989) atau lebih dikenali sebagai Alyph adalah salah seorang penyanyi dalam kumpulan Sleeq. Beliau memulakan pelajaran peringkat rendah di Eunos Primary School dan meneruskan pelajaran peringkat menengah di Tanjong Katong Secondary School. Alyph berkelulusan Perindustrian Produk & Rekabentuk dari Temasek Polytechnic.
Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah
Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (lahir 9 November 1989) atau lebih dikenali sebagai Syarif merupakan salah seorang penyanyi dalam kumpulan Sleeq. Beliau memulakan pendidikan peringkat rendah di Qihua Primary School dan meneruskan pelajaran meningkat menengah di Woodlands Ring Secondary School. Beliau kini berkelulusan Pengurusan Media & Komunikasi dari Temasek Polytechnic.
Gandingan Najwa Latif
Album ketiga SleeQ yang bertajuk, SLQ telah diterbitkan oleh Aaron Aziz Productions. Lagu "Untuk Dia" adalah single pertama dari album ini, yang mana ia dikeluarkan semula dengan sentuhan baru, "Untuk Dia" menampilkan salah satu artis termuda dan harapan Malaysia, Najwa Latif, yang popular dengan lagu "Cinta Muka Buku" dan menjadi salah satu penyanyi termuda sebagai finalis dalam anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu 26 (2012).
Nada khusus dan akustik Najwa Latif memberikan gabungan yang bagus untuk bunyi / duo R & B hip-hop. Lagu ini itu dicipta dan dihasilkan oleh Alyph SleeQ dirinya dan ditulis bersama bersama Ika Latif dan Zulkarnain Aziz
Diskografi
- In The Q (2007)
- Classiq (2009)
- SLQ (2012)
Singles
- Perjalanan - berduet bersama Kaka Azraff (2014)
Filemografi
Filem
- Romeo Kota (2015)
- Sinaran (2015)
Rujukan
- ^ Berita Harian. Farhana Ab Rahman. Pembubaran Sleeq tepat masanya untuk kebaikan Alyph, Syarif: Diana 3 September 2015 (diperoleh pada 25 Julai 2016)
Pautan luar
- Kosmo Diarkibkan 2014-01-10 di Wayback Machine
- Utusan Diarkibkan 2014-01-10 di Wayback Machine
- Utusan Diarkibkan 2014-01-10 di Wayback Machine