Skim Amalan Ladang Baik Malaysia atau lebih dikenali sebagai SALM merupakan suatu skim pensijilan yang dirangka dan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia untuk mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik di Malaysia. Skim ini adalah berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia dan berdasarkan Standard Malaysia MS1784:2005 Komoditi tanaman – Amalan Pertanian Baik (APB) .[1]
Proses Pensijilan
Bagi melayakkan satu-satu ladang memperolehi SALM, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui sebelum ladang tersebut diiktiraf sebagai ladang yang melaksanakan Skim Amalan Ladang Baik. Proses ini merupakan aturan sebagaimana yang diperlukan oleh piawaian yang telah ditetapkan oleh Malaysian Standard. Proses-proses ini meliputi kerja-kerja pemprosesan, permohonan, pemeriksaan ladang dan kawasan, verifikasi amalan ladang, analisis hasil ladang, penilaian dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pensijilan.