Skala Suhu Antarabangsa 1990 (ITS-90) ialah satu piawai penentukuran peralatan untuk mengukur suhu dalam skala suhu Kelvin dan Celsius. ITS-90 ialah satu anggaran skala suhu termodinamik yang memudahkan keterbandingan dan kesesuaian ukuran-ukuran suhu secara antarabangsa. ITS-90 menyediakan titik penentukuran tertakrif berjulat daripada 0.65 K sehingga 1358 K (−272.5 °C hingga 1085 °C) dan dibahagikan kepada pelbagai julat suhu yang bertindih dalam keadaan-keadaaan tertentu.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.