Sistem koordinat khatulistiwa merupakan salah satu daripada sistem koordinat dalam koordinat cakerawala. Ia adalah suatu kaedah yang digunakan secara meluas untuk menentukan kedudukan jasad samawi. Sistem ini mungkin juga digunakan dalam koordinat sfera atau segi empat tepat. Kedua-dua koordinat tersebut ditakrifkan oleh asalan di pusat Bumi iaitu suatu satah asasi yang terdiri daripada unjuran khatulistiwa Bumi ke atas sfera cakerawala (membentuk khatulistiwa cakerawala), arah tuju utama ke ekuinoks musim bunga dan kelaziman menganan.[1][2]
Asalan di pusat Bumi bermaksud koordinat adalah geosentrik (geopusat) iaitu seperti yang dilihat dari pusat Bumi seolah-olah ia lutsinar dan tidak terbias. Satah asasi dan arah tuju utama bermakna sistem koordinat semasa ia sejajar dengan khatulistiwa dan kutub Bumi, ia tidak berputar bersama-sama dengan Bumi tetapi kekal tetap secara relatifnya terhadap bintang latar belakang. Kelaziman menganan bermaksud bahawa koordinat adalah positif ke arah utara dan timur dalam satah asasi.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Pejabat Almanak Nautika, Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat (1961). Explanatory Supplement to the Astronomical Ephemeris and the American Ephemeris and Nautical Almanac. H.M. Stationery Office, London. m/s. 24, 26. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Vallado, David A. (2001). Fundamentals of Astrodynamics and Applications. Microcosm Press, El Segundo, CA. m/s. 157. ISBN 1-881883-12-4.