Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data Berkomputer (SCADA) ialah applikasi sistem kawalan dengan menggunakan komputer, rangkaian data dan sistem perisian untuk penyeliaan dan pengurusan proses tahap tinggi, dan berinteraksi dengan peralatan dan jentera dengan menggunakan pengawal logik boleh atur cara (PLC) dan pengawal PID. [1]
Komponen sistem SCADA
Sistem SCADA terdiri daripada komponen-komponen berikut:
Komputer penyeliaan
Sistem utama di mana perisian SCADA memperoleh data dan menghantar arahan kepada peralatan dan jentera.
RTU
Sensor dan aktuator bersambung terus dengan RTU. RTU mempunyai logik dalaman untuk operasi logik yang ringkas.
Pengawal logik boleh atur cara (PLC)
Sensor dan aktuator juga bersambung terus dengan PLC. PLC mempunyai logik dalaman yang lebih canggih berbanding dengan RTU.
Infrastruktur komunikasi
Komunikasi antara komputer penyeliaan dengan RTU dan PLC dengan protokol komunikasi yang standard atau persendirian.
Antara muka grafik
Antara muka grafik memberi informasi proses kepada operator dalam bentuk grafik, animasi dan rajah.
Rujukan
- ^ Boys, Walt (18 August 2009). "Back to Basics: SCADA". Automation TV: Control Global - Control Design.