Istilah sistem kumpulan darah manusia ditakrifkan oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa sebagai satu kaedah pengelasan kumpulan darah manusia berdasarkan antigen-antigen permukaan sel yang secara khusus terdapat pada sel-sel darah manusia, dan antigen-antigen ini dikawalatur oleh sama ada satu lokus gen tunggal mahupun dua atau berbilang gen-gen homolog yang berkait rapat dengan sedikit hingga tiada rekombinasi yang dapat diperhatikan dalam gen-gen tersebut.[1] Antara sistem-sistem darah yang sering dikenali adalah sistem antigen ABO dan sistem antigen Rh (resus), dan sehingga Disember 2022 terdapat 44 sistem pengelasan antigen darah manusia yang dapat dikenal pasti.[2]
Jadual sistem dan klasifikasi
No. ISBT[3] | Nama sistem | Simbol sistem | Struktur / fungsi | Kromosom | Antigen | Nota tambahan |
---|---|---|---|---|---|---|
001 | ABO | ABO | Karbohidrat (N-asetil galaktosamina, galaktosa) | 9q34.2 | A, B, H | Paling utama mewujudkan tindak balas antibodi IgM, walaupun anti-H agak jarang wujud, sila lihat sistem antigen Hh (fenotip Bombay, ISBT #18). |
002 | MNS | MNS | GPA / GPB (glikoporin A dan B). | 4q31.21 | M, N, S, s | |
003 | P | P | Glikolipid | 22q13.2 | P1, P, dan Pk | |
004 | Rh | RH | Protein dan glukosa. | 1p36.11 | C, c, D, E, e | Tidak ada antigen "d"; "d" berhuruf kecil bermaksud ketiadaan antigen D. |
005 | Lutheran | LU | Protein (sebahagian dari superfamili imunoglobulin). | 19q13.32 | 21 jenis antigen | |
006 | Kell | KEL | Glikoprotein. | 7q34 | K, k, Kpa, Kpb, Jsa dan Jsb [4] | |
007 | Lewis | LE | Karbohidrat (saki-baki fukosa) | 19p13.3 | Paling utama adalah Lea dan Leb | Berkait rapat dengan tisu yang merembes antigen ABH. |
008 | Duffy | FY | Protein (reseptor kemokin) | 1q23.2 | Paling utama adalah Fya dan Fyb | Individu-individu yang kekurangan kesemua antigen-antigen Duffy mempunyai rintangan terhadap malaria yang disebabkan oleh Plasmodium vivax danPlasmodium knowlesi. |
009 | Kidd | JK | Protein (pengangkut urea) | 18q12.3 | Jka dan Jkb | |
010 | Diego | DI | Glikoprotein (protein pengangkut/penukar anion band 3) | 17q21.31 | Kepositifan darah ini hanya ditemui pada orang-orang Asia Timur dan penduduk asli benua Amerika. | |
011 | Yt | YT | Protein (asetilkolinesterase, AChE). | 7q22.1 | ||
012 | XG | XG | Glikoprotein. | Xp22.33 | ||
013 | Scianna | SC | Glikoprotein. | 1p34.2 | ||
014 | Dombrock | DO | Glikoprotein (yang terlekat pada membran sel oleh glikosil-fosfatidil-inositol, GPI). | 12p12.3 | ||
015 | Colton | CO | Akuaporin 1. | 7p14.3 | Paling utamanya Co(a) and Co(b) | |
016 | Landsteiner-Wiener | LW | Protein (sebahagian dari superfamili imunoglobulin). | 19p13.2 | ||
017 | Chido | CH | C4A C4B (pecahan-pecahan komplemen). | 6p21.3 | ||
018 | Hh | H | Karbohidrat (saki-baki fukosa). | 19q13.33 | ||
019 | XK | XK | Glikoprotein. | Xp21.1 | ||
020 | Gerbich | GE | GPC / GPD (Glikoforin C and D). | 2q14.3 | ||
021 | Cromer | CROM | Glikoprotein (DAF or CD55, yang mengawalatur pecahan-pecahan komplemen C3 dan C5, yang terlekat pada membran melalui GPI). | 1q32.2 | ||
022 | Knops | KN | Glikoprotein (reseptor kompleks imun CR1 atau CD35). | 1q32.2 | ||
023 | Indian | IN | Glikoprotein (CD44, mungkin terlibat dengan fungsi pelekatan). | 11p13 | ||
024 | Ok | OK | Glikoprotein (CD147). | 19p13.3 | ||
025 | Raph | RAPH | Glikoprotein transmembran. | 11p15.5 | ||
026 | JMH | JMH | Protein (terlekat pada membran sel melalui GPI). Juga dikenali sebagai semaforin 7A atau CD108. | 15q24.1 | ||
027 | Ii | I | Polisakarida yang bercabang (I) / tak bercabang (i). | 6p24.2 | ||
028 | Globosida | GLOB | Glikolipid. Antigen P. | 3q26.1 | ||
029 | GIL | GIL | Akuaporin 3.[perlu rujukan] | 9p13.3 | ||
030 | Glikoprotein berkaitan Rh | RHAg | Glikoprotein berkaitan Rh.[perlu rujukan] | 6p21-qter | ||
031 | Forssman | FORS | Globosida alfa-1,3-N-asetilgalaktosaaminiltransferase 1 (GBGT1)[perlu rujukan] | 9q34.13 | ||
032 | Langereis[5] | LAN | ABCB6, pengangkut kaset terikat dengan ATP (ABC) manusia, juga merupakan pengangkut porfirin dalam mitokondrion.[5] | 2q36 | ||
033 | Junior | JR | ABCG2. Protein pengangkut pelbagai dadah.[perlu rujukan] | 4q22 | ||
034 | Vel | Vel | Antigen-antigen sel darah merah manusia[perlu rujukan] | 1p36.32 | ||
035 | CD59 | CD59 | — | 11p13 | ||
036 | Augustine | AUG | Protein (pengangkut).[6] | 6p21.1 | ||
037 | KANNO | PRNP | — | 20p13 | ||
038 | SID | SID | 17q21.32 | |||
039 | CTL2 | CTL2 | 19p13.2 | |||
040 | PEL | PEL | 13q32.1 | |||
041 | MAM | MAM | 19q13.33 | |||
042 | EMM | EMM | 4p16.3 | |||
043 | ABCC1 | ABCC1 | 16p13.11 | |||
044 | Er[7] | Er | Protein | Era, Erb, Er3, Er4, dan Er5 | Menunjukkan potensi keantigenan protein-protein membran berkelimpahan rendah dan menyumbang kepada pemahaman ciri-ciri in vivo protein Piezol dalam biologi transfusi |
ABO | Rh | Kell | Duffy | Kidd | Lutheran | MNS | Lewis | P | ii | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paling kerap dijumpai pada tindak balas segera transfusi hemolitik | A | ya | Fy a | Jk a | ||||||
Paling kerap dijumpai pada tindak balas tertunda transfusi hemolitik | E,D,C | Jk a | ||||||||
Paling kerap dijumpai dalam penyakit hemolitik berkaitan bayi baru lahir | ya | D,C | ya | |||||||
Sering menyebabkan hemolisis intravaskular | ya | ya | ya | |||||||
Reaktif pada suhu bilik | ya | M,N | Le a, Le b | P1 | ||||||
Selalunya kurang penting secara klinikal | ya | M,N | ya | P1 | ||||||
Berlaku secara semula jadi | ya | ya | M,N | ya | ya | ya | ||||
Dipertingkat tindak balas oleh fisain [8] dan papain [9] | ya | ya | ya | ya | P1 | ya | ||||
Dimusnahkan oleh fisain [8] dan papain [9] | Fy a, Fy b | ya | ya | |||||||
Dos yang boleh dipaparkan | Sk, Ee | ya | ya | ya |
Ujian saringan darah
Ujian keserasian darah dilakukan sebelum pemindahan darah, termasuk pemadanan sistem kumpulan darah ABO dan sistem kumpulan darah Rh, serta saringan antibodi-antibodi penerima terhadap sistem-sistem kumpulan darah manusia yang lain. Ujian keserasian darah juga dilakukan secara rutin ke atas wanita hamil dan pada darah tali pusat daripada bayi yang baru lahir, kerana ketidakserasian darah antara ibu dan bayi menyebabkan bayi berisiko mendapat penyakit hemolitik bayi baru lahir.[10] [11] Ujian ini juga dilakukan sebelum pemindahan sel stem hematopoetik, kerana ada kemungkinan untuk berlakunya penyakit cantuman lawan perumah akut sekiranya tidak dilakukan.[12]
Sistem kumpulan darah manusia yang selain daripada ABO dan Rh mempunyai risiko komplikasi yang agak kecil apabila darah bercampur.[13] Oleh itu, dalam keadaan kecemasan seperti pendarahan teruk, transfusi darah segera adalah lebih penting berbanding ujian keserasian sistem kumpulan darah yang lain (mungkin termasuk sistem Rh juga).[13] Malahan, ujian keserasian darah selain ABO dan Rh secara amnya hanya terhad kepada pengesanan antibodi (tidak semestinya termasuk kaedah penggolongan depan darah yang dikenali sebagai "forward typing"). Namun di Eropah, wanita yang memerlukan pemindahan darah sering ditentukan antigen K dan antigen-antigen lanjutan Rh untuk mengelak daripada berlakunya pemekaan antigen ini, yang boleh merisikokan mereka untuk mendapat penyakit hemolitik bayi baru lahir sewaktu kehamilan.[14]
Apabila perlu memberi transfusi sel darah merah kepada pesakit, kehadiran antibodi-antibodi (yang penting dari segi klinikal dan dihasilkan oleh pesakit) boleh dikesan dengan mencampurkan serum pesakit dengan 2 hingga 4 jenis sel darah merah "saringan" atau "kontrol" yang bersama-sama memaparkan hampir kesemua antigen yang penting kaitannya. Jika mana-mana campuran ini memaparkan tindak balas (bukti antibodi pesakit yang terikat pada sel darah merah saringan), panel antibodi yang lebih teliti akan dilakukan (seperti yang digambarkan di sebelah kanan).[15]
Rujukan
- ^ ISBT (2016). "International Society for Blood Transfusion (ISBT) Committee on Terminology for Red Cell Surface Antigens, Terminology Home Page". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 20 February 2016.
- ^ "Red Cell Immunogenetics and Blood Group Terminology". International Society of Blood Transfusion. 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2022. Dicapai pada 25 April 2023.
- ^ ISBT (2019). "Table of Blood Group Systems v 6.0 (August 2019)" (PDF). International Society of Blood Transfusion. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 27 September 2019. Dicapai pada 19 January 2020.
- ^ Smart, E.; Armstrong, B. (2008). "Blood group systems". ISBT Science Series. 3 (2): 68–92. doi:10.1111/j.1751-2824.2008.00188.x. ISSN 1751-2816.
- ^ a b Helias, V.; Saison, C.; Ballif, B.A.; Peyrard, T.; Takahashi, J.; Takahashi, H.; Tanaka, M.; Deybach, J.C.; Puy, H.; Le Gall, M.; Sureau, C.; Pham, B.N.; Le Pennec, P.Y.; Tani, Y.; Cartron, J.P. & Arnaud, L. (2012). "ABCB6 is Dispensable for Erythropoiesis and Specifies the New Blood Group System Langereis". Nature Genetics. 44 (2, January 15): 170–173. doi:10.1038/ng.1069. PMC 3664204. PMID 22246506.
[Quoting Abstract: The human ATP-binding cassette (ABC) transporter ABCB6 has been described as a mitochondrial porphyrin transporter essential for heme biosynthesis, but it is also suspected to contribute to anticancer drug resistance, as do other ABC transporters located at the plasma membrane. We identified ABCB6 as the genetic basis of the Lan blood group antigen expressed on red blood cells but also at the plasma membrane of hepatocellular carcinoma (HCC) cells, and we established that ABCB6 encodes a new blood group system (Langereis, Lan). Targeted sequencing of ABCB6 in 12 unrelated individuals of the Lan(-) blood type identified 10 different ABCB6 null mutations. This is the first report of deficient alleles of this human ABC transporter gene. Of note, Lan(-) (ABCB6(-/-)) individuals do not suffer any clinical consequences, although their deficiency in ABCB6 may place them at risk when determining drug dosage.]
CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Daniels, Geoff; Ballif, Bryan A.; Helias, Virginie; Saison, Carole; Grimsley, Shane; Mannessier, Lucienne; Hustinx, Hein; Lee, Edmond; Cartron, Jean-Pierre (2015-06-04). "Lack of the nucleoside transporter ENT1 results in the Augustine-null blood type and ectopic mineralization". Blood. 125 (23): 3651–3654. doi:10.1182/blood-2015-03-631598. ISSN 1528-0020. PMC 4458803. PMID 25896650.
- ^ Karamatic Crew, Vanja; Tilley, Louise A; Satchwell, Timothy J; AlSubhi, Samah A; Jones, Benjamin; Spring, Frances A; Walser, Piers J; Martins Freire, Catarina; Murciano, Nicoletta; Rotordam, Maria Giustina; Woestmann, Svenja J; Hamed, Marwa; Alradwan, Reem; AlKhrousey, Mouza; Skidmore, Ian; Lewis, Sarah; Hussain, Shimon; Jackson, Jane; Latham, Tom; Kilby, Mark D; Lester, William Arthur; Becker, Nadine; Rapedius, Markus; Toye, Ashley Mark; Thornton, Nicole M (19 September 2022). "Missense mutations in PIEZO1, encoding the Piezo1 mechanosensor protein, define the Er red blood cell antigens". Blood. doi:10.1182/blood.2022016504. Dicapai pada 6 October 2022.
- ^ a b Hill, Ben C.; Hanna, Courtney A.; Adamski, Jill; Pham, Huy P.; Marques, Marisa B.; Williams, Lance A. (2017). "Ficin-Treated Red Cells Help Identify Clinically Significant Alloantibodies Masked as Reactions of Undetermined Specificity in Gel Microtubes". Laboratory Medicine. 48 (1): 24–28. doi:10.1093/labmed/lmw062. ISSN 0007-5027. PMID 28007780.
- ^ a b Eric Ching. "Questions and Answers on Proteolytic Enzymes Used in Blood Group Serology". Canadian Society for Transfusion Medicine. Dicapai pada 2021-01-28.
- ^ American Association for Clinical Chemistry (15 November 2019). "Blood Typing". Lab Tests Online. Dicapai pada 27 January 2020.
- ^ Gonsorcik, V.K. (7 August 2018). "ABO Grouping: Overview, Clinical Indications/Applications, Test Performance". Medscape. Dicapai pada 2 March 2020.
- ^ Bacigalupo, A.; Van Lint, M. T.; M. Margiocco, D. Occhini; Ferrari, G.; Pittaluga, P. A.; Frassoni, F.; Peralvo, J.; Lercari, G.; Carubia, F. (1988). "Abo Compatibility and Acute Graft-Versus-Host Disease Following Allogeneic Bone Marrow Transplantation". Transplantation. 45 (6): 1091–1093. doi:10.1097/00007890-198806000-00018. ISSN 0041-1337. PMID 3289150.
- ^ a b Goodell, Pamela P.; Uhl, Lynne; Mohammed, Monique; Powers, Amy A. (2010). "Risk of Hemolytic Transfusion Reactions Following Emergency-Release RBC Transfusion". American Journal of Clinical Pathology. 134 (2): 202–206. doi:10.1309/AJCP9OFJN7FLTXDB. ISSN 0002-9173. PMID 20660321.
- ^ Westhoff, Connie M. (2019). "Blood group genotyping". Blood. 133 (17): 1814–1820. doi:10.1182/blood-2018-11-833954. ISSN 0006-4971. PMID 30808639.
- ^ "Glossary: Antibody Screen - Blood Bank Guy Glossary".
Bacaan lanjut
- Dean, Laura (2005). Blood Groups and Red Cell Antigens. Bethesda, MD, USA: National Center for Biotechnology Information (NCBI), National Library of Medicine, National Institutes of Health. Dicapai pada 19 February 2016.
- SIB-EBI-PIR (2016). "Blood group Antigen Proteins: List of Entries, 17 February version". Swiss-Prot Protein Knowledgebase. Geneva, CHE: Swiss Institute of Bioinformatic (SIB), in cooperation with the European Bioinformatics Institute (EBI, Hinxton, ENG), and the Protein Information Resource (PIR, Washington DC, USA). Dicapai pada 19 February 2016.
- ISBT Table of blood group antigens within systems, updated August 2008.
- BGMUT Blood Group Antigen Gene Mutation Database at NCBI, NIH.
Pautan luar
- BGvar, sumber atas talian yang komprehensif untuk varian genetik berkaitan kumpulan darah.
- Rophina, Mercy; Pandhare, Kavita; Jadhao, Sudhir; Nagaraj, Shivashankar H.; Scaria, Vinod (2021-02-05). "BGvar - a comprehensive resource for blood group immunogenetics". bioRxiv (dalam bahasa Inggeris): 2021.02.04.429861. doi:10.1101/2021.02.04.429861. PMID 34897852 Check|pmid=
value (bantuan). "BGvar - sumber komprehensif untuk imunogenetik kumpulan darah" . bioRxiv : 2021.02.04.429861. doi : 10.1101/2021.02.04.429861 . PMID 34897852 . S2CID 231885707 .