Simfoni | |
---|---|
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Nasyid |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2009 - |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Ahli | Mohamad Anas Mohamad Naem (Anas), Ahmad Ifham Solhi Tagor (Ifham), Imtiaz Ikrimal Rosslee (Imtiaz), Muhammad Hazran Muhammad (Hazran) dan Mohd Firdaus Naim Desa (Firdaus). |
Kumpulan Simfoni merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Nasyid.[1]
Kumpulan Simfoni pernah muncul sebagai Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang berlangsung di Stadium Malawati pada tahun 2017.[2] Pada tahun 2020 mereka dinobatkan sebagai JUARA Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI2020)
Kumpulan Simfoni' bermula dengan lima anak muda yang giat menceburi pelbagai pertandingan nasyid yang membawa kejuaraan sehinggalah peringkat sekolah dan kebangsaan sekitar 2005 sehingga 2007.
Ketika itu, masing-masing mewakili kumpulan nasyid sekolah berpusat di Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Pokok Sena, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.
Hasil gabungan vokalis dari sekolah itu, yang terdiri daripada Mohamad Anas Mohamad Naem (Anas), Ahmad Ifham Solhi Tagor (Ifham), Imtiaz Ikrimal Rosslee (Imtiaz), Muhammad Hazran Muhammad (Hazran) dan Mohd Firdaus Naim Desa (Firdaus), maka lahirlah Simfoni yang ditubuhkan pada 2009.
Nama Simfoni adalah akronim bagi 'Silaturahim Forum Nada Islami' yang disepakati oleh kesemua ahli kumpulan tersebut. Pada awal penubuhan Simfoni, mereka bergerak sendiri di bawah syarikat Symphony Artwork & Training Centre.
Mereka turut menerbitkan album sendiri dan cuba memasarkannya sendiri, dan sungguhpun album berkenaan kelihatan seperti muzik 'underground', tetapi lagu mereka mendapat maklum balas positif dari UNIC.
Berikutan dengan itu, mereka ditawarkan untuk menjadi artis rakaman UNIC Records Sdn Bhd. Kumpulan Simfoni kemudiannya muncul dengan album sulung berjudul Simfoni: Mencari Cinta Hakiki pada tahun 2014.
Album tersebut memuatkan lapan lagu seperti Law Kaana Bainana, Hakikat Cinta, Mencari Keampunan Ilahi, Insan Terulung, Zikir, Kasihmu Ayah Ibu, Anwarul Islam dan Sedarlah Puteri. Hampir 90 peratus lagu dalam album terbabit adalah ciptaan mereka sendiri terutamanya Imtiaz.
Sebelum penerbitan album ini, mereka aktif membuat persembahan bersama UNIC di seluruh negara. Tambahan lagi, dua ahli kumpulan mereka, Anas dan Firdaus sedang menyambung pengajian di Madinah, justeru apabila mereka pulang bercuti selama tiga bulan, mereka aktif membuat promosi dan bertemu media untuk memperkenalkan diri.
Mereka berusaha bagi menarik perhatian pendengar dengan menyelitkan pelbagai elemen muzik seperti rap, rock, tradisional taranum, pop dan R&B.
Ahli-ahli
Kumpulan Simfoni terdiri daripada lima orang pemuda.
- Mohamad Anas Mohamad Naem (Anas)
- Ahmad Ifham Solhi Tagor (Ifham)
- Imtiaz Ikrimal Rosslee (Imtiaz)
- Muhammad Hazran Muhammad (Hazran)
- Mohd Firdaus Naim Desa (Firdaus).
Diskografi
Album
- Simfoni: Mencari Cinta Hakiki (2014)
Lagu-lagu
- Law Kaana Bainana [3],
- Hakikat Cinta [4],
- Mencari Keampunan Ilahi,
- Insan Terulung, Zikir,
- Kasihmu Ayah Ibu,
- Anwarul Islam
- Sedarlah Puteri
- Ana Muslim [5]
- Mengalir Ke Syurga feat Heliza Helmi [6]
Rujukan
- ^ Simfoni gabungan vokalis nasyid sekolah
- ^ Fadzli Fareast menang besar dalam Anugerah Nasyid 2017
- ^ Law Kaana Bainana by SIMFONI Nasheed Group
- ^ Simfoni - Hakikat Cinta (Official Music Video)
- ^ Simfoni - Ana Muslim (Official Music Video)
- ^ SIMFONI - Mengalir Ke Syurga feat Heliza Helmi (Official Music Video)
Pautan luar
- [