Seni Silat Setiabakti adalah satu Perguruan Silat yang diasaskan oleh Guru Dahlan Karim hasil daripada pembelajaran beliau sebanyak 11 jenis beladiri. Perguruan ini telah didaftarkan di bawah akta pertubuhan pada tahun 1994.
Silibus di dalam beladiri ini secara umumnya terbahagi kepada tiga, iaitu:
1. seni pentas (kebudayaan)
2. olahraga (sukan)
3. beladiri (tempur)