Seni Silat Gayong Singa Berantai Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983 serta sah didaftarkan di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 241/84 di atas nama Persatuan Seni Silat Gayong Singa Berantai Negeri Kedah. Persatuan ini juga berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 menggunakan nombor pendaftaran 1443/2005.
Pada penghujung tahun 2022, beberapa mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai hala tuju Silat Gayong Singa Berantai. Mesyuarat bersetuju untuk mendaftarkan Silat Gayong Singa Berantai ke peringkat kebangsaan. Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah dibentuk dan pada 9 Januari 2023, Gayong Singa Berantai secara rasminya dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Gayong Singa Berantai Malaysia menggunakan nombor pendaftaran PPM-004-10-09012023. Gelanggang utama silat ini terletak di Kampung Perupok, Yan, Kedah Darul Aman.
Pengasas
Bapakguru Che Hassan bin Haji Salleh berasal dari Kampung Deli, Acheh, Sumatera Utara.
Sejarah
Singa Berantai yang menjadi nama pertubuhan ini mempunyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri. Nama ini dikatakan berasal dari gelaran yang diberikan oleh Tunku Mansor Bin Tunku Kassim di dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh Seni Silat Melayu Negeri Kedah SeMalaysia kepada Bapakguru Hassan Bin Salleh dengan gelaran Hassan Singa Berantai. Dari gelaran ini, maka beliau bertindak menubuh dan mendaftarkan persatuan dengan nama Singa Berantai.
Silat ini dikatakan gabungan beberapa bidang silat menjadi satu, antaranya adalah :-
- Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia
- Seni Silat Sendeng
- Seni Silat Bambu Kuning
- Tomoi
- Seni Silat Kuntau Jawa
- Seni Silat Mat Jerat
- Seni Silat Selendang Merah
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Seni Silat |
No. pendaftaran | PPM-004-10-09012023 |
Sejarah | |
Pengganti | Mohd Apendi Bin Kadir |
Ditubuhkan | 1968 di Kampung Perupok, Yan, Kedah Darul Aman |
Pengasas | Che Hassan Bin Haji Salleh |
Pengurusan | |
Pengerusi | Firdaus Bin Mohamad Noor |
Setiausaha agung | Mohammad Rusdi Bin Yacob Carlos |
Lokasi | |
Ibu pejabat | 1-3 Level 1, Jalan Perdana Blok 4801 CBD Perdana
63000 Cyberjaya Selangor |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Peringkat Pelajaran
Tahap Satu (Bengkong Putih) - Tari Seni Singa Berantai - Asas Pergerakan Satu (1-14) - Asas Pergerakan Dua (1-14) - Asas Pergerakan Tiga - Gulingan Harimau
Tahap Dua (Bengkong Hijau Muda) – Asas Pergerakan Empat - Pentas 1 -Tangan kosong ( 7 buah pukulan dan 7 buah kunci hidup) - Buah Kunci Mati (5) - Lompatan Harimau
Tahap Tiga (Bengkong Hijau Tua) – Pentas 2 – Tangan kosong ( 10 buah pukulan dan 10 buah kunci hidup ) - Pentas 3 – Tangan kosong ( 10 buah kunci mati) - Lompatan (2)
Tahap Empat (Bengkong Hijau Tua Jalur Merah) – Pentas 3 – Tangan kosong ( 14 buah kunci mati) - Pentas 4 – Kayu Satu (Permainan Simbat/Rotan) - Lompatan (3)
Tahap Lima (Bengkong Merah) – Pentas 4 – Kayu Dua (Permainan Simbat/Rotan) - Kayu Kunci Mati (14 buah) - Lompatan (4)
Tahap Enam (Bengkong Merah Jalur Kuning) – Pentas 5 – Parang Satu - Pentas 5 – Parang Dua - Lompatan (5)
Tahap Tujuh (Bengkong Kuning) – Pentas 6 – Permainan keris
Selain daripada senjata yang diuji pada tahap permainan di atas, Gayong Singa Berantai mempunyai permainan senjata yang akan diajarkan oleh Guru Utama kepada muridnya yang tertentu iaitu Cindai, Rantai, Tekpi, Belati, Pisau dan Rotan Panjang.