Pertubuhan Seni Silat Burung Rajawali Putih diasaskan oleh Tuan Guru Hasan bin Abdul Kadir (JSS) selaku Guru Utama. Gelanggang Utama dan pertama silat ini terletak di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
Guru Hassan telah mempelajari ilmu silat daripada datuknya iaitu Pandak Yahya, seorang guru silat di daerah Muar iaitu Sendeng Asli Muar, Johor. Selepas itu beliau berhijrah ke Selangor dan menuntut pula ilmu Rajawali daripada Guru Ahmad Yon bin Idris.
Sesudah ditabalkan sebagai salah seorang daripada 7 Beradik dan disebabkan oleh beberapa peristiwa, Hassan telah menurunkan ilmu Rajawali sebagai Silat Rajawali Putih. Di bawah Guru Hassan lahirlah ramai Guru Guru silat di sekitar Selangor,Johor. Antaranya ialah Guru Mohd Yunus Abas(Puchong),Guru Yusof (Damansara) , Guru Effendy (Kelana Jaya) , Guru Masrol (Sg.Pencala) , Guru Aboy (Petaling Jaya) , Guru Isma Hamka (Gelang Patah Johor) , Guru Mohd Faizal (Sepang) , Guru Aminuddin (Punchak Alam).
Sistem Pelajaran Peringkat Sekolah
Bengkung Putih Penuh
- Randai
- Langkah Berhadapan Guru
- Asas 1-4
- Pukulan Asas 1-4
- Lompat Harimau
Bengkung Setengah Biru
- Asas 5-8
- Pukulan Asas 5-8
- Lompat Harimau
Bengkung Biru Penuh
- Asas 9-12
- Pukulan Asas 9-12
- Lompat Harimau
Bengkung Setengah Hijau
- Jurusan 1-4
- Pukulan Jurusan 1-4
- Lompat Harimau
Bengkung Hijau Penuh
- Jurusan 5-7
- Pukulan Jurusan 5-8
- Pecahan Empat
- Langkah Lang Sewah
- Lompat Harimau