Siaran langsung televisyen ialah penyiaran televisyen dalam masa nyata atau secara tundaan jangka masa singkat. Siaran langsung sering digunakan dalam rancangan berita.
Secara amnya, siaran langsung TV lebih kerap digunakan untuk menyiarkan kandungan yang diterbit khususnya untuk televisyen pada tahun-tahun terawal kewujudan media ini, sebelum munculnya teknologi seperti rakaman pita video. Apabila rakaman video makin banyak, kebanyakan rancangan hiburan dirakam dan disunting sebelum disiarkan dan bukannya disiarkan secara langsung. Acara-acara hiburan seperti acara sukan profesional dan upacara penganugerahan masih disiarkan secara langsung.
Kegunaan siaran langsung
Siaran langsung paling banyak digunakan untuk berita televisyen, yang mana rancangan berita secara amnya disiarkan secara langsung, memaparkan laporan berita yang dirakam dan disunting. Peristiwa-peristiwa yang diputuskan rangkaian dan stesen agar hendak atau perlu diketahui kebanyakan penonton secepat boleh akan disiarkan secara langsung, selalunya mengganggu rancangan yang dijadualkan, seperti buletin berita, dan jika peristiwa itu cepat berubah dan berkembang, sebagai laporan "berita tergempar" (bahasa Inggeris: breaking news ) dan disertakan liputan berkenaan apabila dibongkar.
Siaran langsung memang mempunyai sifat tanpa persediaan, spontan, dan segera yang selalu kelihatan lebih ketegangan dan menarik berbanding rancangan rakaman jika sekalipun kandungannya sendiri bukan begitu, atas beberapa sebab: kenyataan bahawa apa yang ditunjukkan sedang berlaku dalam masa nyata apabila dibongkar; tahap kawalan yang terhad terhadap rancangan siaran langsung berbanding rancangan rakaman; dan kemungkinan kemalangan yang timbul, iaitu "apa-apa sahaja boleh terjadi". Maka, siaran langsung ini pun merangkumi persembahan secara langsung bahan-bahan yang berskrip.
Siaran langsung televisyen selalu digunakan sebagai alat, itupun tidak semestinya, dalam pelbagai jenis rancangan untuk menggunakan sifat-sifat tersebut sebaiknya, dan selalu mencapai kejayaan besar dari segi menarik penonton. Ini dilihat dalam rancangan realiti televisyen berbentuk pencarian bakat seperti Akademi Fantasia yang berjaya menarik ramai penonton.
Insiden-insiden terkenal dalam siaran langsung
- 2007: Rancangan wawancara bersiaran langsung Sensasi di TV3 diharamkan setelah tetamu Rosnah Mat Aris mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Nabi dengan "membandingkan usia beliau dengan umur isteri Nabi sebagai menjawab gosip tentang minat beliau pada pasangan lelaki yang lebih muda."[1]
- 2008: Pada konsert ulang tahun 8TV yang bersiaran langsung awal tahun ini, Faizal Tahir menanggalkan baju-baju beliau sehingga mendedahkan dadanya di hadapan khalayak ramai. Akibatnya, 8TV dilarang mengadakan rancangan hiburan bersiaran langsung atau tertunda selama tiga bulan.[2]
Ranking
Di seluruh dunia
Siaran langsung kejohanan bola sepak Piala Dunia merupakan siaran langsung yang paling ramai penontonnya di seluruh dunia, yang mana peminat bola sepak perlu menonton siaran langsung kejohanan tersebut untuk melihat aksi pemain pasukan masing-masing, sambil mengetahui keputusan perlawanannya, di samping merasai bahang kejohanan bola sepak dunia empat tahun sekali itu.
Pautan luar
- ^ Fathi Aris Omar (2007-02-26). "'Sensasi' TV3 diharamkan, termasuk siaran rakaman". mSTAR Online. External link in
|publisher=
(bantuan) - ^ "8TV dan Faizal dihukum kerana episod tanggal baju". mSTAR Online. 2008-01-18. External link in
|publisher=
(bantuan)