Shin Sung-rok | |
---|---|
Kelahiran | Seoul, Korea Selatan | 23 November 1982
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2003–sekarang |
Ejen | HB Entertainment[1] |
Pasangan | m. 2016 |
Anak-anak | 1 |
Nama Korea | |
Hangul | 신성록 |
Perumian Semakan | Sin Seong-rok |
McCune–Reischauer | Sin Sŏng-rok |
Shin Sung-rok (lahir 23 November 1982) adalah pelakon Korea Selatan. Beliau sering muncul dalam filem dan siri-siri televisyen, tetapi lebih dikenali dan aktif dalam teater muzikal .
Kerjaya
Shin Sung-rok mahu menjadi pelakon sejak sekolah tinggi, jadi apabila kecederaan menamatkan kerjayanya sebagai pemain bola keranjang amatur (adiknya Shin Je-rok, dahulu dari pasukan Anyang KT&G Kites), beliau memutuskan untuk belajar bidang Teater dan Filem di Universiti Suwon, walaupun tidak lama kemudiannya keluar. [2] [3] Shin debut pada tahun 2003, tetapi mendapati sukar untuk mencari peranan kerana para pengarah enggan untuk mengambil beliau yang mempunyai ketinggian 189 sentimeter dan amat bercita-cita tinggi sebagai peranan pembantu atau peranan kecil. Berfikir beliau akan mempunyai peluang yang lebih baik jika mendapat lebih banyak pengalaman berlakon dan mengasah bakatnya di dalam teater, Shin bertukar arah dan menyertai syarikat teater Hakchon. [4]
Apabila Shin tampil dalam muzikal pertamanya Moskito, hanya ada 20-25 orang penonton di dalam dewan berkapasiti 500 tempat duduk. Walaupun merasa tertekan dan kecewa, beliau berkata pengalaman itu menjadikannya lebih kuat dan membantunya menjadi pelakon yang lebih berani. [3]
Semasa melakukan muzikal Dracula, Shin telah diambil berlakon dalam peranan TV yang pertama, dalam sebuah drama kabel berjudul Hyena (2006). Disusuli dengan beberapa peranan pembantu dalam siri televisyen dan filem, terutamanya dalam Thank You (2007) dan My Life's Golden Years (juga dikenali sebagai All About My Family, 2008). Beliau juga muncul dalam musim 1 rancangan realiti TV di saluran MBC iaitu We Got Married sebagai "pasangan palsu" dengan pelawak wanita Kim Shin-young .
Kejayaan arus perdana masih tidak menyebelahi Shin, namun di teater bintangnya semakin meningkat. Pada tahun 2007, Shin dipilih daripada 400 orang ujibakat untuk memainkan peranan utama Solomon dalam Dancing Shadows, sebuah muzikal yang diadaptasi dari sebuah drama berjudul Forest Fire yang ditulis oleh penulis drama Korea terkenal Cha Beom-seok. [2] Beliau kemudian menerima pencalonan Pelakon Baru Terbaik dari Anugerah Muzikal Korea. [5]
Seterusnya, Shin membintangi satu persatu muzikal hit, beliau terus mengagumkan pengkritik dengan persembahan lakonannya, suara bariton beliau yang kuat dan lantang serta suara altonya terang dan jelas. [6] Beliau kini dianggap sebagai bintang muzikal yang terkenal, bahkan menarik peminat dari luar Korea ke persembahan-persembahan muzikal beliau. [7]
Definitely Neighbours (2010) meningkatkan lagi profil TVnya; kerana peranannya sebagai seorang chef sukar yang jatuh cinta dengan seorang janda yang lebih tua, Shin memenangi Pelakon Pembantu Terbaik dalam Drama Mingguan / Harian pada Anugerah Drama SBS 2010 . Drama paling popularnya ialah drama komedi romantik My Love from the Star (2013), di mana beliau tampil sebagai ahli perniagaan yang jahat. Ini diikuti oleh peranan pembantu dalam drama 2014 Trot Lovers(sebagai ketua agensi bakat), Liar Game (sebagai pengacara pertunjukan realiti), dan The King's Face (sebagai pembaca muka).
Walaupun cenderung untuk filem dan televisyen, Shin telah mengekalkan bahawa hatinya akan sentiasa berada di pentas, dan telah menyatakan, "Saya rasa lebih sayang kepada teater [berbanding TV]. Saya fikir ia adalah pentas di mana pelakon mempelajari kehidupan dan memahami makna lakonan. Di sinilah saya belajar bagaimana berlakon dan di mana saya mendapat keyakinan. Saya fikir teras hidup saya akan kekal di pentas "(The Korea Herald, 2007). [2] "Musikal itu seperti rumah lama saya dan ia menjadikan saya apa yang saya sekarang, jadi saya tidak boleh berhenti melakukan muzikal walaupun betapa sibuknya saya" (The Korea Times, 2009) [3]
Kehidupan peribadi
Shin mempunyai seorang adik lelaki; Shin Jae-rok yang merupakan tukang masak profesional. Keduanya muncul dalam rancangan bualbicara Happy Together pada 30 Julai, 2015 di saluran KBS.
Shin mula berpacaran dengan seorang penari ballerina bernama Kim Joo-won pada tahun 2011; Kim adalah penari utama dengan pasukan Ballet Kebangsaan Korea selama 15 tahun dari 1988 hingga 2003, dan kini mengajar di Universiti Wanita Sungshin. Pasangan ini memutuskan hubungan selepas empat tahun pada bulan Ogos 2015.
Pada Jun 2016 Shin berkahwin dengan seorang pekerja pejabat biasa di Hawaii. Pada bulan November pada tahun yang sama, Shin menjadi bapa kepada seorang anak perempuan.
Filemografi
Siri televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Rangkaian | Nota |
---|---|---|---|---|
2002 | Shoot for the Stars | SBS | ||
2003 | A Problem at My Younger Brother's House | SBS | ||
2006 | Hyena | Lee Seok-jin | tvN | |
2007 | Thank You | Choi Seok-hyun | MBC | |
Drama City I'm a Very Special Lover | Lee Jin-ho | KBS2 | ||
2008 | Art of Seduction | Hyun-soo | OCN | |
One Mom and Three Dads | Na Hwang Kyung-tae | KBS2 | ||
My Life's Golden Age | Go Kyung-woo | MBC | ||
2009 | We Got Married Season 1 | Sendiri dengan Kim Shin-young | MBC | |
2010 | Definitely Neighbors | Jang Gun-hee | SBS | |
2013 | My Love from the Star | Lee Jae-kyung | SBS | |
2014 | Trot Lovers | Jo Geun-woo | KBS2 | |
Liar Game | Kang Do-young | tvN | ||
The King's Face | Kim Do-chi | KBS2 | ||
2016 | On the Way to the Airport | Park Jin-suk | KBS2 | |
2017 | Man Who Dies To Live | Kang Ho-rim | MBC | |
2018 | Return | Oh Tae-seok | SBS | |
The Last Empress | Lee Hyuk | |||
2019 | Vagabond | Gi Tae-woong | ||
Perfume | Seo Yi-do | KBS2 |
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2005 | All for Love | Pemain bola keranjang | |
2007 | The Worst Guy Ever | Kwon Jae-hoon | |
2008 | Lovers of Six Years | Lee Jin-sung | |
2010 | Bloody Innocent | Dong-shik | |
Finding Mr. Destiny | Kapten Choi (cameo) | ||
2011 | The Story of My Life | Sung-rok | |
Pitch High | Kang Dae-hyun (cameo) | ||
2016 | The Age of Shadows | Jo Hwe-ryung | |
2017 | The Prison | Chang-gil |
Teater
Tahun | Tajuk | Peranan | Ruj |
---|---|---|---|
2004 | Moskito | [8] [9] | |
Singin' In the Rain | Dong-hyun | ||
2006 | Dracula | Dracula | |
Finding Kim Jong-wook | Kim Jong-wook | ||
Passion of the Rain | |||
2007 | Dancing Shadows | Solomon | [2] |
Hamlet | Putera Hamlet | [10] | |
Separated Man and Woman | Kang Yeon-oh | ||
Finding Kim Jong-wook | Kim Jong-wook / Cinta Pertama | ||
2008 | Separated Man and Woman | Kang Yeon-oh | |
Fiddler on the Roof | Perchik | [11] [12] | |
2009 | My Scary Girl | Hwang Dae-woo | [3] |
Roméo et Juliette | Romeo | [6] | |
2009-2010 | Jack the Ripper | Daniel | |
2010 | Monte Cristo | Edmond Dantès | [13] [14] |
The Story of My Life | Thomas Weaver | [15] [16] | |
Tick, Tick. . . Boom! | Jon | ||
2010-2011 | Hero | An Jung-geun | [17] |
2011 | Monte Cristo | Edmond Dantès | [18] |
2013 | Closer | Dan | |
Carmen | Don José | ||
2014 | Le Roi Soleil | Louis XIV | |
2015 | Elisabeth | Kematian | |
2016 | Daddy Long Legs | Jervis |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya yang dicalonkan | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2007 | Anugerah Muzikal Korea Ke-13 | Pelakon Baru Terbaik | style="background: #FFE3E3; color: black; vertical-align: middle; text-align: center; " class="no table-no2"|Tercalon | [5] | |
2008 | Anugerah Drama MBC | Pelakon Baru Terbaik | style="background: #FFE3E3; color: black; vertical-align: middle; text-align: center; " class="no table-no2"|Tercalon | ||
2010 | Anugerah Drama SBS | Pelakon Pembantu Terbaik dalam Drama Mingguan / Harian | Definitely Neighbors | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||
2014 | Anugerah Drama Korea Ke-7 | Anugerah Hot Star | My Love from the Star | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||
Anugerah Star APAN ke-3 | style="background: #FFE3E3; color: black; vertical-align: middle; text-align: center; " class="no table-no2"|Tercalon | ||||
Anugerah Budaya dan Hiburan Korea ke-22 | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
Anugerah Drama SBS | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
Anugerah Drama KBS | Pelakon Pembantu Terbaik | Trot Lovers, The King's Face | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | |||
2017 | Anugerah Drama MBC | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Minisiri | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||
2018 | Anugerah Drama SBS | Anugerah Kecemerlangan Terbaik, Pelakon dalam Drama Rabu-Khamis | The Last Empress |style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||
Watak Terbaik | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang | ||||
2019 | Anugerah Drama Korea ke-12 | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon | style="background: #FFD; color: black; vertical-align: middle; text-align: center; " class="partial table-partial"|Menunggu |
Rujukan
- ^ Shin Sung Rok Renews Contract With His Agency Of 8 Years
- ^ a b c d "Herald Interview: 'It is heart that embraces character'". The Korea Herald. June 21, 2007.
- ^ a b c d "Shin Flies High in My Scary Girl". The Korea Times. March 3, 2009.
- ^ "What's Hakchon". Hakchon.co.kr. Retrieved 2012-11-11.
- ^ a b Dancing Shadows Sweeps Musical Awards. The Korea Times. October 24, 2007.
- ^ a b Romeo et Juliette Back in Korean. The Korea Times. May 18, 2009.
- ^ "Next Hallyu in Musicals?". The Korea Times. March 27, 2009.
- ^ "모스키토". Hakchon.co.kr. Retrieved 2012-11-11.
- ^ "Moskito - Info". Hakchon.co.kr. Retrieved 2012-11-11.
- ^ "Fall winds blow Shakespeare to Korea". Korea JoongAng Daily. October 4, 2007.
- ^ Fiddler Touches Hearts of Audience. The Korea Times. November 24, 2008.
- ^ "Director Portrays Fiddler in Korean Sentiment". The Korea Times. October 22, 2008.
- ^ "Star-Studded Cast Shine in Monte Cristo". The Korea Times. February 10, 2010.
- ^ Special effects sizzle in Monte Cristo. Korea JoongAng Daily. April 28, 2010.
- ^ "Two-man Broadway musical to hit stage". The Korea Times. June 8, 2010.
- ^ "Shin Chun-soo says Story goes against current musicals". 10Asia. June 3, 2010.
- ^ "Chung portrays patriot Ahn's humanity on stage". The Korea Times. December 24, 2010.
- ^ Monte Cristo returns with stronger revenge. The Korea Times. May 14, 2011.